"Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira.
"Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan, sebab saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersamanya," katanya kepada mStar.
Harry dan isteri juga masih belum memutuskan nama yang bakal diberi pada bayi lelaki itu dan akan mengumumkannya kemudian.
Dalam pada itu, Harry berkata, dia tidak menolak sekiranya diberi rezeki cahaya mata kesepuluh dan menanggap kehadiran anak-anak adalah rezeki dan boleh menjadi pemudah urusan apabila dia dan isteri sudah tua.
Kata Harry, dia juga tidak kisah apabila ada segelintir pihak memandang serong terhadapnya disebabkan dia mempunyai anak-anak yang ramai.
"Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.
"Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti," kongsinya.
Untuk rekod, Apak dan Noormala berkahwin pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki.
Malah dua anak mereka iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik ketika ini.
Sumber: mStar