CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukai Vape Kurangkan Ketirisan Pendapatan Negara

2-4-2023 03:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16393| Komen: 1|Original author: Tatod

Cukai ke atas vape adalah langkah baik dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil pendapatan kerajaan daripada jualan rokok biasa yang kini berkurangan susulan kehadiran peranti vape.

Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi, berkata vape sudah lama berada dalam pasaran dan pengenalan cukai berkenaan mampu mendapatkan semula cukai rokok yang menyusut kesan lambakan vape di pasaran.


"MASAC berharap apabila Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin dibentang di Parlimen pada Mei ini, ada seksyen yang hanya membenarkan penggunaan peranti vape dalam kalangan pengguna berusia 18 tahun dan ke atas.


"Ia bagi memastikan belia dan pelajar bawah umur itu tidak terbabit dengan penggunaan vape," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

KKM dilapor akan membentangkan RUU baharu untuk mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok yang mengandungi nikotin digunakan untuk tujuan merokok.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata, pembentangan RUU itu adalah bagi memastikan wujud kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape.

Katanya, KKM meletak sasaran membentang RUU baharu ini dengan segera pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.

Raja Azizan berkata, MASAC sedia menghantar seorang pegawai dari kalangan Exco menganggotai Lembaga Racun Negara untuk membantu dalam perkara itu.

"Usaha berani kerajaan ini harus diimbangi dengan menambah perjawatan sama ada kontrak atau tetap kepada agensi pelaksana berkait dadah dan nikotin.

"Ini seperti inspektor kesihatan, pegawai rendah polis Narkotik, pegawai rendah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pegawai rendah Maritim Malaysia dan pegawai rendah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Langkah ini bagi memastikan perundangan baharu itu mampu dilaksanakan dengan berhemah oleh agensi sedia ada dengan kekangan dan beban tugas kini," katanya.

Raja Azizan berkata, MASAC turut sedia menganggotai kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR) yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, MASAC bersedia bersama KKM supaya maklumat mengenai nikotin vape yang mungkin dicemari dadah dapat dikongsi bersama rakyat.

"Kita mahu pengguna bijak memilih jenis nikotin yang berdaftar dan tidak semberono membeli nikotin di tempat tidak diketahui kandungannya walau dijual pada harga murah.

"Penggunaan alat peranti vape di umur awal seperti remaja mempunyai kecenderungan tinggi kepada pembabitan permasalahan dadah pada masa depan," katanya.

Raja Azizan berkata, MASAC menyanjung keberanian KKM membentangkan RUU baharu untuk mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.

"Usaha berani itu akan membolehkan jumlah penagihan bahan terlarang dadah dari sumber cecair rokok elektronik atau vape berkurangan," katanya.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-4-2023 05:42 PM
Pungutan cukai drop sebab rokok seludup la.

Kita seludup keluar minyak masak ke Thailand, Indon balas seludup masuk rokok. Yang satu gomen rugi bazir sabsidi, lagi satu rugi hilang cukai. Bijak ka tak?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.107853 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top