Ditanya perasaannya dilabel 'ratu gimik' itu, Nabila berkata, dia biasa saja kerana bukan saja dirinya masih 'disedari' ada di dalam industri muzik tapi paling penting produk lagu dikeluarkannya juga diketahui ramai.
"Bagaimanapun, macam saya katakan orang ramai di luar sana kena tahu membezakan di antara gimik dan 'teaser' muzik video. Itu yang sudah cuba saya terangkan berkali-kali sebelum ini.
"Tidak boleh pukul rata saja antara gimik dan 'teaser'. Kedua-duanya tetap ada beza. Cuma, saya tegaskan apa yang dibuat sebelum ini untuk cara promosi lagu-lagu saya adalah 'teaser'," katanya.
Nabila yang popular dengan lagu Cemburu, Pematah Hati dan Peluang Kedua pernah muncul dengan pelbagai 'kisah tersendiri' di sebalik lagunya di media sosial sehingga netizen menganggapnya suka membuat gimik.
Nabila juga pernah menarik perhatian ramai apabila saluran YouTube miliknya didakwa digodam ketika mempromosikan lagu Peluang Kedua pada 2021 apabila kira-kira 400,000 'subscribers' disedari hilang tiba-tiba.
Terbaharu, Nabila kini muncul dengan single Tulus, duet bersama Adi Priyo yang katanya tiada sebarang gimik dibuat untuk tujuan promosi lagu itu kerana memiliki kekuatan melodi dan lirik yang mantap.
Sumber: HARIAN METRO