CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7942|Reply: 3

Nabila Razali Tak Kisah Digelar Ratu Gimik

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:36 PM | Show all posts |Read mode


Penyanyi Nabila Razali, 31, mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terkeliru di antara gimik dan 'teaser' yang diambil dari muzik video untuk tujuan promosi sesebuah lagu sebelum mengkritik atau mengecam.


Nabila yang dikenali sebagai 'ratu gimik' ketika ditemui berkata, dia sedar tidak boleh lari dari tanggapan gimik diberikan itu, namun sentiasa cuba buat yang terbaik dalam hasil kerja seninya.


"Saya tak boleh nak yakinkan orang kalau orang itu tak percaya pada kita. Tapi, untuk saya selagi ada dalam industri ini akan cuba sedaya-upaya berkarya dengan sekreatif mungkin. Saya tidak mahu hanya buat promosi biasa saja.


"Contohnya, hai semua saya ada lagu baharu ni dan dengar ya. Mana ada orang nak layan macam itu. Malah, penjual kereta pun akan buat promosi macam-macam di luar.


"Jadi, saya fikir cara setiap artis nak promosikan lagu mereka berbeza-beza. Begitu juga dengan Nabila Razali. Tapi, malangnya ada segelintir orang di luar sana yang menganggap kalau saya saja mesti buat gimik," katanya kepada Harian Metro.


  



Ditanya perasaannya dilabel 'ratu gimik' itu, Nabila berkata, dia biasa saja kerana bukan saja dirinya masih 'disedari' ada di dalam industri muzik tapi paling penting produk lagu dikeluarkannya juga diketahui ramai.


"Bagaimanapun, macam saya katakan orang ramai di luar sana kena tahu membezakan di antara gimik dan 'teaser' muzik video. Itu yang sudah cuba saya terangkan berkali-kali sebelum ini.


"Tidak boleh pukul rata saja antara gimik dan 'teaser'. Kedua-duanya tetap ada beza. Cuma, saya tegaskan apa yang dibuat sebelum ini untuk cara promosi lagu-lagu saya adalah 'teaser'," katanya.


Nabila yang popular dengan lagu Cemburu, Pematah Hati dan Peluang Kedua pernah muncul dengan pelbagai 'kisah tersendiri' di sebalik lagunya di media sosial sehingga netizen menganggapnya suka membuat gimik.


Nabila juga pernah menarik perhatian ramai apabila saluran YouTube miliknya didakwa digodam ketika mempromosikan lagu Peluang Kedua pada 2021 apabila kira-kira 400,000 'subscribers' disedari hilang tiba-tiba.


Terbaharu, Nabila kini muncul dengan single Tulus, duet bersama Adi Priyo yang katanya tiada sebarang gimik dibuat untuk tujuan promosi lagu itu kerana memiliki kekuatan melodi dan lirik yang mantap.




Sumber: HARIAN METRO






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 04:40 PM | Show all posts
Salah bod nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 06:25 PM | Show all posts
Nabila who? OK lah ada gak gelaran ratu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Vokal x sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036618 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list