Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan 62 kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari membuat keputusan itu selepas tertuduh, Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan berkenaan. Tertuduh juga berdepan hukuman penjara 20 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mahkamah turut memerintahkan 62 kambing itu dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|