CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tradisi Kampung Paluan Rebana Kejut Sahur Dibawa Ke Taman Perumahan

2-4-2023 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8601| Komen: 52|Original author: Tatod

“Bangun sahur, bangun sahur”.

Begitulah laungan yang kedengaran sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat oleh sekumpulan penduduk sebagai tradisi kampung bagi mengejutkan umat Islam di sekitar kawasan Taman Klebang Putra 1 di Ipoh, Perak untuk bangun sahur awal pagi tadi.


Program yang bermula kira-kira 3.30 pagi dan berlangsung selama 30 minit itu melibatkan lebih 50 individu termasuk kanak-kanak dengan berjalan lebih kurang tiga kilometer mengelilingi kawasan perumahan tersebut dalam usaha ‘menghidupkan’ tradisi kampung itu pada bulan Ramadan di kawasan bandar.

Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1, Dr Mohamad Azrul Azly, 36, berkata program tersebut yang julung kali diadakan di sini menjadi medium merapatkan jurang antara penduduk untuk membina perpaduan melibatkan masyarakat setempat.


“Kami (KRT) memikirkan kelainan untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan program ini bertujuan menghidupkan tradisi untuk kita bawa kepada taman (kawasan perumahan) khususnya bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kejut Sahur Paluan Rebana anjuran KRT tersebut di sini awal pagi tadi.


Menurut Mohamad Azrul, pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan program itu secara berkala pada bulan Ramadan, selain cuba mengaktifkan kelab rebana bagi menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rebana Klebang Putra Mohd Rizal Mohd Rajab, 48, berkata sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat kelab berkenaan bagi majlis tertentu.

“Sebelum ini kelab rebana ini biasa buat (aktif) di kampung-kampung, taman belum lagi, tetapi acara kali ini dari kampung ke taman. Daripada situ, tercetus idea untuk kejut sahur dengan paluan rebana ini ke taman,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk Muhammad Adam Chua Abdullah, 54, berkata program pada hari ini merupakan acara pertama yang disertainya sejak memeluk agama Islam selama lebih 10 tahun.

Muhammad Adam Chua berkata program tersebut merupakan acara yang unik selain dapat mengenali lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.

“Ahli keluarga, budak-budak pun boleh sertai. Ini pengalaman baharu untuk saya dan saya rasa perlu sebagai masyarakat setempat menyertai aktiviti sebegini sebab selalunya sahur dengan ahli keluarga sahaja,” katanya.

Selain itu, penduduk Muhammad Danish Muqri Mohd Tajudin, 19, berkata kemeriahan terasa pada program tersebut kerana mendapat penyertaan daripada penduduk setempat.

“Apabila sertai macam ini bagi yang tidak dapat merasa aktiviti di kampung, kini kita rasa sendiri bagaimana tradisi kejut sahur pagi di kampung. Sebelum ini ada baca (paluan rebana kejut sahur) tetapi tidak pernah ikut serta,” katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeramadhan 2-4-2023 11:09 AM
Niat tidak menghalalkheun cara...

Hormatiler ruang privacy org lain yg perlukheun rehat ........
Quote BeskotCekelat 2-4-2023 11:20 AM
Tradisi Indon leluhur bawak ke sini
Quote adeqbun 2-4-2023 11:31 AM
Drpd duk paluan rebana tu baik p buatkan sahur trus utk anak bini...ni balik2 kang tgk2 tau nak makan je..org nak tdolah..3.30 tu ade yg bru nak masuk tdo..baby kecik,org tua,org sakit .ade hgpa pk dak ..
Quote stingeramadhan 2-4-2023 11:43 AM
Nak merapatkheun jurang keww nak kasi blood goes upstairs utk org lain yg mungkin telah pre program their waktu bersahur?
Quote stingeramadhan 2-4-2023 11:45 AM
Kecoh kejutkheun org sahur jam 3pagi....pastuh penat...lepas keliling kpg dgn paluan kompang....subuh miss...

Quote laqoyah 2-4-2023 11:46 AM
Zaman smartphone ni x payah lah ko memekak. Makcik2 pun dah ade tiktok lagi ko nk berkompang
Quote ninja boy 2-4-2023 11:47 AM
Jika 100% penduduk muslim no problem
Quote krustykrab 2-4-2023 11:51 AM
Maaf la nk cakap..korg mmg bodoh
Quote shida81 2-4-2023 12:05 PM
Klu ada baby org sakit kan da menganggu..
Klu ada ank kecik mmg da kena makin dorang ni... Ak ada alarm kot....
Quote jfq 2-4-2023 12:07 PM
Instead of panggil bangun sahur cer panggil bangun tahajud
Quote Firenzza 2-4-2023 01:54 PM
Siyeslaaaa 3 pagi dah berdentam dentum pastu bjln sampai 3km bwk kanak2 plk tu....diorg x sekolah ke?
Quote stingeramadhan 2-4-2023 01:59 PM
jfq replied at 2-4-2023 12:07 PM
Instead of panggil bangun sahur cer panggil bangun tahajud

Ko nak panggil ajak joget lambak pun takda siapa yg persoalkheun sangat ...tapi .soalnyer kenapa sampai perlu bergendang.....meriuhrendahkheun suasana malam sehingga boleh lebih mendatangkheun ketidakselesaan serta ketenteraman masyarakat kpg lain yg cuba utk mendapatkheun rehat atau pun merwka yg telah merencanakheun waktu sahur mereka sendiri?
Quote blue_blur 2-4-2023 02:10 PM
BeskotCekelat replied at 2-4-2023 11:20 AM
Tradisi Indon leluhur bawak ke sini

kat sana budak2 yang buat.. kat sini tua2....
boleh lah ikut indon buat team prank pocong kuntilanak kat team rebana ni..
Quote bakingsoda 2-4-2023 02:22 PM
membingit kul 3 pagi?
Quote Belibis 2-4-2023 03:04 PM
Ini semua bida'ah..[em:22:]
Quote nonarona 2-4-2023 05:02 PM
pd nona mcm tak sesuai sbb tak semua org nak bangun sahur pkul 3.30, ada yg sahur pkul 4 atau 4.30 ikut le memasing, skrg ni semua org termasuk ank2 dah ada hp, set je la alarm, kan senang...ni pagi2 bising menggangu jiran2 yg berugama lain
Quote B40tastePosh 2-4-2023 05:11 PM
Hidupkan semula Rebana negeri Perak
Quote B40tastePosh 2-4-2023 05:13 PM
nonarona replied at 2-4-2023 05:02 PM
pd nona mcm tak sesuai sbb tak semua org nak bangun sahur pkul 3.30, ada yg sahur pkul 4 atau 4.30 i ...


Siapa suruh duduk dalam kawasan Melayu.

Kalau bergendang Cina mati tak kira masa tu boleh pulak...dengan bakar colok sampai bertiup masuk ke rumah orang lain

Yang India pulak bergendang masa Thaipusam deepavali tepi rumah Melayu tu boleh pulak
Quote B40tastePosh 2-4-2023 05:15 PM
Belibis replied at 2-4-2023 03:04 PM
Ini semua bida'ah..[em:22:]

Bidaah...tu pasal ko bangket pukul 12 tengahri bukak periok...yang ni apa Khurafat?

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073918 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top