CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sam Bunkface Jawab Tuduhan Bekas Isteri Abai Anak

2-4-2023 06:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29612| Komen: 285|Original author: Tatod


Vokalis kumpulan Bunkface, Sam, 35, membidas tuduhan dikeluarkan bekas isterinya, Aida Azira Hussin mengenai pengabaian tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak mereka iaitu Maleeq.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Anuar Baharom menerusi hantaran video berdurasi tujuh minit di laman Instagram (IG), malam tadi mendakwa, dia tidak berniat membuka aib sesiapa, sebaliknya mahu membersihkan namanya dan keluarga.

"Saya tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan tak pernah mengabaikan nafkah anak walaupun sebulan.

"Saya siap bayar lebih dan menjaga Maleeq selama dua minggu, bergilir dengan Aida dalam setiap bulan," dakwanya.

Menerusi hantaran itu, Sam turut memperincikan sebab dirinya mengemukakan permohonan pindaan nafkah anak.


Katanya, jumlah diminta Aida terlalu tinggi.


Malah, Sam menegaskan, semua bukti mengenai ketidakmampuan membayar nafkah yang terlalu tinggi sudah dibentangkan di mahkamah dan Aida sendiri sudah maklum mengenainya.

"Dia minta RM1,300 untuk sebulan dan saya mohon pindaaan nafkah ini pada dua tahun lalu. Penjagaan Maleeq adalah sama rata, saya dua minggu dan Aida pun dua minggu dalam masa sebulan.

"Aida minta saya jumlah untuk menjaga Maleeq selama dua minggu. Masuk akal tak saya mohon pindaan ini ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana punca pendapatan saya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaan saya terjejas.

"Walau tanggungjawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai dengan menjaga Maleeq selama dua minggu tanpa gagal dan nafkah tetap dibayar setiap bulan.

"Kos saya menjaga Maleeq selama dua minggu lebih kurang RM250, kenapa dia jaga sampai RM1,300?," dakwanya.

Sam mendakwa, dia tidak berjumpa Maleeq dalam tempoh yang agak lama disebabkan Aida mengambil keputusan membawanya ke Melaka tanpa persetujuannya.

"Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada 19 Disember tahun lalu. Apa yang lima hingga enam bulan, seperti dakwaan Aida. Baru tiga bulan belum berjumpa, itupun sebab ada halangan.


"Aida letak Maleeq dekat Masjid Tanah, Melaka sejak Julai tahun lalu tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Sebulan lebih saya tanya di mana Maleeq, dia jawab: 'talk to my lawyer'.

"Saya risau, jadi saya hantar surat kepada peguamnya tetapi tiada respon. Selepas beberapa kali ditanya, barulah Aida beritahu Maleeq di Melaka.

"Masalahnya Aida kerja di Kuala Lumpur, jadi siapa yang jaga Maleeq di sana? Rupa-rupanya nenek Maleeq yang jaga dan dia tak jaga pun, tetapi nafkah tetap minta dengan jumlah tinggi," dakwanya.

Terdahulu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan pada 25 April 2015, namun bercerai pada penghujung Januari 2019. 






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samshik 2-4-2023 06:30 AM
1.3k utk 2mggu.. Mgkin baik ko bela sndiri n gaji kan maid sajork.. Umh pun kms..
Quote krustykrab 2-4-2023 06:38 AM
Elok kalau kes mcm ni bg je ex suami jaga. Dah la ko htr ke rmh nenek suh jaga lps tu mintak 1.3k. pandai gak biz ko.
Quote Miss_LoveLeen 2-4-2023 08:48 AM
Nafkah anak ni, dia kira untuk makan minum bayaran bulanan sekolah je ke? Tempat tinggal, bil2 mcm air elektrik, minyak kete hantar anak sekolah tu mak dia kena tanggung ? Bapak bayar yg basic ke eehh ?
Quote aina_shaira 2-4-2023 08:57 AM
Actually, berapa kos nak sepatutnya Ada untuk seorang anak?
Quote prizadane 2-4-2023 09:02 AM
Miss_LoveLeen replied at 2-4-2023 08:48 AM
Nafkah anak ni, dia kira untuk makan minum bayaran bulanan sekolah je ke? Tempat tinggal, bil2 mcm a ...

Kalau based on whatsapp Aida to Sam, yuran sekolah lain. Macam Sam bayar seorang. Tapi now anak dia dah darjah 1. SK biasa je kat melaka. 1.3k tu kira banyak la untuk tempat tinggal, makan minum seorang budak. Dah la budak tu stay melaka with nenek now. Assuming nenek tinggal rumah sendiri la kan? Bil api bil air makan budak 7tahun, takkan 1.3k. Iols tak lah menangkan Sam ni. Tapi perjanjian asal, co parenting every 2 weeks kan. Ni selamba hantar anak balik melaka tanpa persetujuan Sam. Pastu nak claim nafkah lebih… hurmmmmm
Quote HYSB 2-4-2023 09:06 AM
aku syak ex dia ni jaki dengan life Sam dengan wife baru dia tu yang tak boleh tengok Sam senang tu.
Quote anilanil 2-4-2023 09:12 AM
Patut transfer duit 1.3k ke akaun nenek maleeq je. Tp amount tu mmg byk utk kos sara hidup budak 7 tahun selama 2 minggu. Mkn lobster ke budak tu? Kos sekolah & keraian tak termasuk kan?
Quote cloud_jade 2-4-2023 10:53 AM
Jelas jawapan sam bagi. Satu satu respon dari aida dia ulas.
Kadang2 ada yang tak tau bersyukur.
Quote auntyonion 2-4-2023 11:00 AM
Perghh mtak ber k k utk 2mggu ostu hjung2 bg nenek jage ..baik bg nafkah tu kt nenek dio yo atau sam diskas dgn wifw utk jge bdk tu ke
Quote aammyy 2-4-2023 11:15 AM
Budak2 makan apa mahal sgt. Dah la duduk melaka. Pergi dentist cabut gigi sekali je, bukan tiap2 bulan. Maybe sekali pergi RM100, boleh la nak claim, send je la resit mcm claim kat boss.

I rasa kos transportation utk anak takboleh claim mcm kes Rita Rudaini kalau tak silap. Maybe kalau naik bas/van sekolah tu boleh la nak claim.

Kes ni menarik mcm kes Along. Jarang2 isteri buat hal.
Quote aammyy 2-4-2023 11:16 AM
Tapi dalam banyak2 conversation tu, i tertarik dgn claim Aida, Sam duduk rumah nama dia. Maybe tu yg dia jaki tu
Quote Afie13 2-4-2023 11:52 AM
aammyy replied at 2-4-2023 11:16 AM
Tapi dalam banyak2 conversation tu, i tertarik dgn claim Aida, Sam duduk rumah nama dia. Maybe tu yg ...

Maybe rumah tu sam bayar bulan2 cuma loan atas nama aida sbb aida ada kerja tetap n ada payslip so senang lulus bila buat loan
Quote aammyy 2-4-2023 11:56 AM
Afie13 replied at 2-4-2023 11:52 AM
Maybe rumah tu sam bayar bulan2 cuma loan atas nama aida sbb aida ada kerja tetap n ada payslip so ...

Owh faham. Bahaya balik kalau macam ni. Silap haribulan kena halau bila dah tua nanti dah habis bayar.
Quote outcast 2-4-2023 12:11 PM
Go Sam Go. Ada je spesis ex wife yg dengki tp.sbb anak dengan derang nampak suci. Sanggup pisahkan anak ngan bapak demi nk puahkan hati sendiri. Sibbbaik iols x join mengeji sam kat thread sebelah
Quote sarukhan 2-4-2023 12:14 PM
aammyy replied at 2-4-2023 11:56 AM
Owh faham. Bahaya balik kalau macam ni. Silap haribulan kena halau bila dah tua nanti dah habis ba ...

Aah mmg bahaya. So sam kena pastikan dia simpan semua bukti monthly payment yg sam bayar utk rumah tu. Kena simpan ye semua bukti. Pastu cepat2 la tukar nama tu.. Sbb jiran i lebih kurang kes camni la. Nama bersama. Tp x sempat duduk bersama sbb bercerai. So masa plan nak jual, si laki mintak duit sikit sbb dia kata dia ada bayar duit rumah tu. Mujur jiran i bijak ada simpan and scan rekod bukti payment tu.. mmg laki tu takde rekod bayar rumah tu pon..duit lawyer masa beli pon dia xde bayar..
Quote lyshafull 2-4-2023 12:15 PM
Lol ingt jaga sendiri rupanye hantr ke mak
Duk melaka
Melaka x semahal KL
1.3k untk 2 mggu ke ?
Bapk mahal
Quote mojarean_X 2-4-2023 12:40 PM
Apa lah nk pening2. Rujuk je lah blk. Jimat semua
Quote dewimalam78 2-4-2023 12:45 PM
Edited by dewimalam78 at 2-4-2023 01:54 PM

Rm1.3k nafkah seorg anak untuk artis yg tak brp glamer di mata kita…kira byk la tu. Ai ni pun seorg anak boleh kira ratus2 je. Kalau campir semua anak 4org, bengkok la suami mbayor
Quote Dolmat 2-4-2023 12:48 PM
Aaaahhh kalo macam Tu shoot balik dalam court.. jadi jantan mesti ada teloq.. jgn ikut perangai jantan2 takdaq telor contoh si Gigi Fake tersusun rapi!

Lihat semua komen(285)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044616 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top