Malah, Sam menegaskan, semua bukti mengenai ketidakmampuan membayar nafkah yang terlalu tinggi sudah dibentangkan di mahkamah dan Aida sendiri sudah maklum mengenainya.
"Dia minta RM1,300 untuk sebulan dan saya mohon pindaaan nafkah ini pada dua tahun lalu. Penjagaan Maleeq adalah sama rata, saya dua minggu dan Aida pun dua minggu dalam masa sebulan.
"Aida minta saya jumlah untuk menjaga Maleeq selama dua minggu. Masuk akal tak saya mohon pindaan ini ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana punca pendapatan saya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaan saya terjejas.
"Walau tanggungjawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai dengan menjaga Maleeq selama dua minggu tanpa gagal dan nafkah tetap dibayar setiap bulan.
"Kos saya menjaga Maleeq selama dua minggu lebih kurang RM250, kenapa dia jaga sampai RM1,300?," dakwanya.
Sam mendakwa, dia tidak berjumpa Maleeq dalam tempoh yang agak lama disebabkan Aida mengambil keputusan membawanya ke Melaka tanpa persetujuannya.
"Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada 19 Disember tahun lalu. Apa yang lima hingga enam bulan, seperti dakwaan Aida. Baru tiga bulan belum berjumpa, itupun sebab ada halangan.
"Aida letak Maleeq dekat Masjid Tanah, Melaka sejak Julai tahun lalu tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Sebulan lebih saya tanya di mana Maleeq, dia jawab: 'talk to my lawyer'.
"Saya risau, jadi saya hantar surat kepada peguamnya tetapi tiada respon. Selepas beberapa kali ditanya, barulah Aida beritahu Maleeq di Melaka.
"Masalahnya Aida kerja di Kuala Lumpur, jadi siapa yang jaga Maleeq di sana? Rupa-rupanya nenek Maleeq yang jaga dan dia tak jaga pun, tetapi nafkah tetap minta dengan jumlah tinggi," dakwanya.
Terdahulu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.
Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan pada 25 April 2015, namun bercerai pada penghujung Januari 2019.