Sekumpulan lapan penyamun melarikan barang kemas dianggarkan seberat 3.5 kilogram (kg) dan wang tunai berjumlah RM5,000 dari sebuah kediaman di Taman Bukit Kinrara, Puchong, dekat sini, awal pagi tadi.
Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi, seorang pekerja kedai runcit didatangi kumpulan suspek lelaki yang bertopeng dan bersenjatakan parang, selain memakai baju lengan panjang serta sarung tangan, ketika berada di pekarangan rumahnya. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata seorang daripada suspek terbabit kemudian menumbuk muka mangsa beberapa kali. Seterusnya, beliau berkata, mangsa dibawa masuk ke dalam rumah dan dipaksa menunjukkan tempat wang disimpan. "Ibu mangsa yang berada di dalam rumah itu turut dipaksa menanggalkan barang kemas yang dipakai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Anbalagan berkata, suspek menyelongkar setiap bilik di dalam rumah mangsa sebelum melarikan diri. "Hasil siasatan awal polis mendapati kerugian dialami adalah dua beg mengandungi barang kemas dianggarkan seberat 3.5kg dan wang tunai berjumlah RM5,000," katanya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi pihak polis. Sumber BH ONLINE
|
ninja boy replied at 1-4-2023 04:47 PM
((3500x237)+5000)/8=104k per person
riyadhK replied at 1-4-2023 06:08 PM
Banyaknya dia kena keluar zakat emas sebelum kejadian ni
cmf_jeangrey replied at 1-4-2023 04:51 PM
Pekerja kedai runcit ada 3.5kg emas...hmm
riyadhK replied at 1-4-2023 10:08 AM
Banyaknya dia kena keluar zakat emas sebelum kejadian ni
ellZack replied at 1-4-2023 09:03 PM
Article English kata pekerja kedai runcit tu lelaki. Jadi, most probably emas tu collection mak di ...
ADVERTISEMENT