CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya Sungai Melaka muncul kembali selepas sembilan bulan ghaib

1-4-2023 01:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8803| Komen: 12|Original author: Tatod

Hampir sembilan bulan 'ghaib', buaya tembaga sepanjang dua meter muncul kembali di persisiran Sungai Melaka di sini, sejak minggu lalu.

Kelibat dipercayai buaya sama pertama kali dirakam di kawasan pokok bakau pada Julai 2022 oleh penjaga tokong berhampiran pusat beli-belah di sini, namun ketika itu dikatakan saiznya masih kecil.


Terbaru tular video dan gambar buaya itu berjemur di dahan pokok bakau hingga menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai ancaman reptilia ganas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, beliau meninjau lokasi itu minggu lalu, selepas dimaklumkan mengenai kemunculan buaya ketika cuaca panas antara jam 2 hingga 4 petang.


"Saya nampak buaya itu di persisiran The Shore. Jadi saya berharap pihak berkaitan dapat memasang papan tanda mengingatkan orang ramai yang bersiar-siar di pesisir Sungai Melaka supaya berhati-hati.


"Pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) juga diharap bertindak segera untuk menangkap buaya itu," katanya dihubungi di sini.

Menurutnya, beliau difahamkan sejak pertengahan tahun lalu penduduk melihat buaya itu yang dipercayai bersarang di bawah jambatan kayu di pesisir sungai.

"Disebabkan kerja pembinaan jambatan kayu berdekatan kawasan Bunga Raya Pantai di sini, sarang buaya mungkin diganggu dan ia menghilang untuk sementara waktu.

"Namun, apabila pembangunan jambatan kayu dihentikan baru-baru ini, buaya itu muncul semula," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood ketika dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan pegawainya susulan aduan terbaru itu.

Menurutnya, usaha menjejaki buaya terbabit termasuk memasang perangkap dilakukan sejak tahun lalu, namun tidak berhasil.

"Pihak kami juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka untuk melaporkan segera jika terserempak buaya di Sungai Melaka," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 1-4-2023 02:39 PM
Bulan satu aritu, aku nampak buaya melintas di pantai puteri tanjong kling.
Quote isseliparjepun 1-4-2023 02:41 PM
Jangan dibunuh udah le. Pindah masuk taman buaya
Quote kepompong 1-4-2023 02:49 PM
ada ancaman kpd manusia macam kat sarawak ke ?
Quote mojarean_X 1-4-2023 03:02 PM
Tugas pertama Rauf
Quote AbukRokok 1-4-2023 05:34 PM

raof beruang pasir aka pasiaq

Quote asamfish 2-4-2023 01:47 AM
boleh buat sepasang kasut dan dua tiga handbags tu!
Quote HYSB 2-4-2023 09:08 AM
santai tengok buaye tu healing atas kayu tu
Quote exclusive_vvip 2-4-2023 09:17 AM
kepompong replied at 1-4-2023 02:49 PM
ada ancaman kpd manusia macam kat sarawak ke ?

dgr citer, buaya semenanjung x baham manusia..setakat ni pun mmg x penah dgr buaya semenanjung baham manusia pun..tapi tu la, kena libas dgn ekor pun mau bersepai jugak muka tu..
Quote Supersirap 2-4-2023 09:21 AM
Kemana hilangnya selama 9 bulan buaya tersebut
Quote Lolalala 2-4-2023 09:36 AM
Supersirap replied at 2-4-2023 09:21 AM
Kemana hilangnya selama 9 bulan buaya tersebut

Sebelum puasa haritu, kami cek in dekat PD area pantai purnama. Pagi² nampak buaya kat tgh laut menuju ke teluk kemang. Ada apek tu terus call bomba bagi tahu nmpk buaya
Quote grouper 2-4-2023 01:35 PM
Buaya belah semenanjung x kacau org pun sbb makanan byk saingan pun sikit..klau dh start membiak mcm belah Sabah Sarawak baru la bahaya
Quote Supersirap 2-4-2023 01:44 PM
Lolalala replied at 2-4-2023 01:36 AM
Sebelum puasa haritu, kami cek in dekat PD area pantai purnama. Pagi² nampak buaya kat tgh laut m ...

Seriau juga tengah mandi di tepi pantai tiba-tiba nampak pula buaya tengah berenang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.095084 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top