CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Klip lagu Aliff Syukri sebahagian cabang seni, ada konsep tersendiri - Noraniza Idris

1-4-2023 01:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10147| Komen: 28|Original author: Tatod


Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 55, menyifatkan apa yang dilakukan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, dalam klip video single bertemakan Aidilfitri berjudul Cak Kun Cak Raya sebagai sebahagian daripada cabang seni dengan konsep tersendiri.

Biarpun pelantun lagu Dikir Puteri itu menyifatkan gerak tari Aliff bersama penari lain sedikit berlebihan, aksi itu menghiburkan dan mereka mempunyai hak ke atas konsep lagu yang ingin diketengahkan.

"Lagu sedap dan dia adalah penyanyi 'humor'. Melodi masih sedap didengar, tidak ada isu bagi saya.

"Dari segi pakaian dan penari, konsepnya masih menutup aurat bagi lelaki dan tidak mencolok mata. Mereka juga tidak membabitkan penari wanita.


"Konsep tari dibawa atas kesesuaian jiwa masing-masing. Cuma, sedikit berlebihan untuk tarik orang tonton lagu ini. Saya fikir ini masih konsep masing-masing.

Berikutan itu, pada 26 April tahun lalu, Aliff dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik terbabit.

Noraniza bagaimanapun menyerahkan penilaian terhadap klip video berkenaan kepada orang ramai.


"Ini hak masing-masing. Kisah di sebalik lagu yang dipaparkan dalam klip video itu menghiburkan. Tarian dipamerkan hanya 'bunga' yang mengindahkan jalan cerita," katanya.

Bagi Noraniza, selagi tidak melanggar batas Melayu ketika meraikan Aidilfitri, tiada perkara serius boleh timbul.

Tambahnya, nasihat dalam lagu Cak Kun Cak Raya berbeza dan mampu memberi kesan kepada pendengar.

"Pada Ramadan, adab bertemu orang tua, salam cium tangan bagi yang muda kepada yang tua itulah mesej sebenar yang hendak ditunjukkan.

"Itulah yang perlu ditonton, tetapi orang pandang sekali lalu sahaja. Tarian 'gedik' dalam klip inilah yang menarik umum berpatah balik kepada mesej utama itu.

"Tarian itu pula sekadar hiburan dalam banyak lagu raya yang tertib, sekurang-kurangnya, ada satu satu elemen yang melucukan.

"Untuk lagu raya ini, saya masih anggap gerak tari yang dipaparkan sekadar hiburan dan nasihat berkonsep hiburan," katanya.

Ditanya mengenai baju Melayu terlalu sendat digayakan Aliff bersama lima penari lain, Noraniza berkata, soal pemakaian adalah subjektif dan mungkin mereka mahu mengetengahkan gaya baharu dalam pembawakan lagu berkenaan.


"Saya tiada masalah kerana pakaian subjektif kepada konsep mereka. Kalau lihat konsep lagu A Go Go dahulu memang ada gaya pemakaian sedemikian. Jadi, saya rasa mereka cuba gabungkan elemen itu dengan baju Melayu.

"Saya tidak nampak buruk walaupun dalam hati kata, kalau pakai baju Melayu biasa atau kurta lebih nampak menarik... Tapi tiada isu besar. Mungkin mereka mahu menari, kalau pakai baju Melayu sempurna buat 'gila-gila' pun orang kecam juga.

"Melainkan lagu ini adalah lagu kebudayaan Melayu yang perlu dijaga tatatertib daripada hujung rambut ke hujung kaki. Selagi bersifat komersial, tidak nampak buruk di mata saya," katanya.


Sumber: BH ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 1-4-2023 01:42 PM
Bimbo nye la acik jual kerepek ni
Quote sleepandream 1-4-2023 01:58 PM
iols ingatkan nek ani lah antara yg lantang pertahankan baju tradisi melayu....
ropernyer idokkk... siap puji terpaling cabang seni lagiiii... walaupun pakai legging

Quote Hoola 1-4-2023 02:02 PM
Edited by Hoola at 1-4-2023 02:03 PM

Quote dudaberhias 1-4-2023 02:26 PM
Seni celah mana!!!! Dia tu nak perhatian dan memondan... Kalau berdrag bagai kat rumah nanti kena hempuk dek bonda muka hamster dan bini dia pulak. Ponen ni memang kena bagi mereka lunaskan nafsu jiwa nak memondan. Kalau tidak jadi la macamni.

Dan kau pun mek ani tiket tak laku ingatkan kau la terpaling irama melayu. Hujung2 kalau orang kaya je mesti kau jilat juga. Lain kali kau perform kat pasar selayang jah dan letak tim beskot kat depan. Nanti ada la tu orang hulur singgit dua. Jadi la dari tiket tak laku!
Quote princessmiang 1-4-2023 03:53 PM
Diamla nenek terpaling topi kau jual tiket pun tak laku
Quote LadyCarefree 1-4-2023 03:53 PM
sleepandream replied at 1-4-2023 12:58 PM
iols ingatkan nek ani lah antara yg lantang pertahankan baju tradisi melayu....
ropernyer idokkk... ...

Mungkin berharap dpt tarik perhatian belotletrik kot2 boleh sponsor konsert dia. Hehehehhhhhhh
Quote jejaka_hensem 1-4-2023 04:12 PM
Dengan pujian ini,semoga alif syukri murah hati utk sponsor konsert nanti.iols is tak sabar nak pergi

Quote jejaka_hensem 1-4-2023 04:13 PM
LadyCarefree replied at 1-4-2023 03:53 PM
Mungkin berharap dpt tarik perhatian belotletrik kot2 boleh sponsor konsert dia. Hehehehhhhhhh

Kita berfikiran yg sama sis
Quote sharlenetexas 1-4-2023 04:34 PM
Baik korang perform sarkas di pagi raya.

Nek ani nak melobi belut ni ke utk sebarang collab?

Quote EriaDoritis 1-4-2023 04:39 PM
Makin mengarut la nek ni ni
Quote anony-mous 1-4-2023 04:43 PM
Cubaan nk dptkan sponsor dari toklip kettew?
Quote febreze 1-4-2023 05:04 PM
semoga terlajak larisan sponsor konsert malai solos? ahaks
Quote telracs 1-4-2023 05:20 PM
Rasa nak muntah...
Dah la puasa...
Quote Carcosa 1-4-2023 06:21 PM
Si Rentua ni mmg dah kena sold kan?
Sanggup ckp apa je, jilat je, janji nnti berangan org tu nak sponsor dia. Dahla konsert tak laku. Bodoh bangang plk tu jadi spokesperson Dato Seri Fake Atiqah mereng tu. Rumah singgit my a$$
Quote nazurah 1-4-2023 06:38 PM
jejaka_hensem replied at 1-4-2023 04:12 PM
Dengan pujian ini,semoga alif syukri murah hati utk sponsor konsert nanti.iols is tak sabar nak perg ...

Puji ada makna tu…agak kalau yg menyanyi tu sengkek dia puji tak?
Quote princessmiang 1-4-2023 06:43 PM
Carcosa replied at 1-4-2023 06:21 PM
Si Rentua ni mmg dah kena sold kan?
Sanggup ckp apa je, jilat je, janji nnti berangan org tu nak spo ...

Jenis pengampu orang kaya
Quote Kentot_Wangi 1-4-2023 06:45 PM
LadyCarefree replied at 1-4-2023 03:53 PM
Mungkin berharap dpt tarik perhatian belotletrik kot2 boleh sponsor konsert dia. Hehehehhhhhhh

Hahaha.. Yg ni ak setuju.
Quote jejaka_hensem 1-4-2023 07:01 PM
nazurah replied at 1-4-2023 06:38 PM
Puji ada makna tu…agak kalau yg menyanyi tu sengkek dia puji tak?

Dah boleh baca dah permainan dia
Quote tikusmontok 2-4-2023 07:18 AM
sharlenetexas replied at 1-4-2023 04:34 PM
Baik korang perform sarkas di pagi raya.

Nek ani nak melobi belut ni ke utk sebarang collab?

Nak pancing kot, huntong nasib jadi duta kopi mantol mcm si semak samun

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034210 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top