CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

1-4-2023 10:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2258| Komen: 5|Original author: Tatod



Sejak lebih sedekad lalu, formula program realiti seluruh dunia telah berjaya melahirkan ramai penghibur popular. Malah di awal era rancangan realiti, bintang-bintang yang muncul dari rancangan sedemikian sering digelar ‘bintang segera’ kerana kepantasan mereka mencipta nama dan meraih populariti sebaik sahaja keluar program tersebut.

Apatah lagi di zaman media sosial sekarang, langkah untuk bergelar artis popular jauh lebih mudah dari dahulu. Dari acuan dunia hiburan serba moden ini jugalah lahirnya adalah Ismail Izzani Zainal Nazeri yang lebih popular dikenali sebagai Ismail Izzani.

Kemilau bintangnya bersinar mekar sejak bakatnya dikesan selepas kemenangannya dalam sebuah pertandingan nyanyian di YouTube. Kemudian, bakat muda ini  semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu ‘Luar Biasa’ bersama Alif Sleeq.

Namanya meniti di bibir ramai peminat. Laman media sosialnya dibanjiri jutaan pengikut dan semangatnya untuk terus bertahan wajar dipuji biarpun kadang menerima kritikan hebat dan pernah menjadi tumpuan ribuan lensa dengan kontroversi-kontroversi hangat.


Sungguhpun pertama kali mencuri perhatian penonton di menerusi platform Youtube, Ismail yang mesra menggelar dirinya sebagai Mael sebenarnya memang sudah lama meminati dunia nyanyian.


Bermula bicara dengan perjalanan seninya yang berpangkal sejak berusia 16 tahun dan masih kekal sehingga kini membuatkan penyanyi muda ini tersenyum sendiri.

Di dadanya tiada rasa kecewa bahkan lega. Manakan tidak, pada umur sedemikian, masa mudanya sepatutnya dihabiskan untuk menelaah pelajaran demi mengejar cita-cita dalam hidup.

Namun, pujian harus diberikan kepada Ismail kerana bijak membahagikan waktu sebagai seorang penyanyi dan pelajar pada ketika itu.

Pejam celik, sudah memasuki tahun kelima anak muda itu berada dalam industri seni menghiburkan peminat yang daripada pelbagai usia, khususnya remaja.

“Saya memang tidak suka menyanyi sejak kecil sebenarnya. Ramai tidak tahu perkara itu, namun semasa saya di bangku sekolah menengah, saya terpaksa menyertai kumpulan nasyid sebagai aktiviti kokurikulum. Selepas sertai kumpulan nasyid dan membuat persembahan, saya mula sedar bahawa, saya boleh menyanyi.

“Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap bakat nyanyian saya, tambahan pula ibu saya memang seorang penyanyi veteran, jadi ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi,” ucapnya membuka bicara.


Sungguhpun begitu, dirinya tidak pernah merancang untuk menjadi penghibur. Malah, pelantun lagu popular ‘Kamu’ ini mengakui muzik saluran utamanya untuk mengekspresikan perasaan selepas ditimpa pelbagai pengalaman pahit sebelum ini.

Bahkan, sejak mula serius menjadi penyanyi rakaman pada 2017 dengan mengeluarkan single pertama berjudul ‘Sabar’ hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zayn, namanya semakin meniti di bibir pendengar dan berjaya mencatatkan rekod yang cukup baik dan cemerlang dalam kerjaya seni nyanyiannya.

Dalam tempoh lima tahun, dia telah menghasilkan lebih 13 single, tiga album studio iaitu ‘Contact’, ‘Kamu’ dan ‘Ape Ko Nak’ serta berlakon dalam beberapa telefilem dan drama siri ketika dirinya masih bergelar remaja.

Satu kejayaan yang boleh disifatkan luar biasa juga untuk seorang penyanyi muda dan baharu sepertinya.

Walaupun agak kurang selesa, namun penulis tetap beranikan diri untuk menyoal Ismail berkenaan kontroversi yang terhangatnya yang melibatkan sebuah ‘video panas’ dan penyanyi kelahiran ibu kota ini mengakui bahawa dia hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Ketika kejadian itu berlaku pada tahun lepas, saya mengakui memang salah saya dan saya tidak ingin menyalahi mana-mana pihak. Jadi selepas kontroversi yang membangkitkan bad boy image itu terjadi, saya hanya berdiam buat seketika. Saya biarkan keadaan reda dulu,” jelasnya.

Jelas Mael lagi, keputusan untuk ‘mengunci mulut’ memang sengaja dibuat untuk meredakan keadaan yang sedang hangat.


“Dipendekkan cerita, waktu tersebut semua tengah tegang dan bagi saya semua pihak mahukan jawapan.

“Kalau saya berikan penjelasan ketika itu, rasa buang masa kerana orang akan tetap menghakimi apa saya lakukan. Saya cuba untuk mempertahankan diri dan mengakui salah saya pada ketika itu.

“Namun, secara perlahan-lahan, saya mula sedar bahawa kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Dan apa yang kita perlu adalah dengan memperbaiki diri daripada kesilapan yang dilakukan supaya ia dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang lebih baik dan hebat.

“Jadi, saya mula menerima kekhilafan saya dan saya move on,” ujar penyanyi yang kini berusia 23 tahun.

Berkongsi lebih lanjut, Mael berkata, penerimaan keluarganya ke atas kontroversi berkenaan membuka matanya, dan membuatkannya bangkit daripada kesilapan lampau.

“Sebenarnya, selepas kontroversi video saya bercium itu menjadi tular, ibu dan keluarga saya memang berasa sedih pada mulanya.

“Namun, dua kakak dan ibu saya tidak membuang saya. Malah mereka duduk dan berbincang berkenaan perkara tersebut. Selepas kejadian itu ibu saya mula guide me well. Kadang kala kita belajar perkara yang paling mustahak dalam hidup kita menerusi kesilapan besar yang kita lakukan.

“Jadi, saya amat menyesal atas perbuatan saya, namun tidak merungut tetapi bersyukur atas apa yang telah berlaku kerana jika tidak saya tidak akan menjadi seperti sekarang.

“Saya jadi lebih peka terhadap diri dan keluarga tersayang saya. Malah, saya mula menjadi true to myself. Done with zaman-zaman hipokrit saya lalui sebelum ini,” ujar Mael.

Bagaimanapun, Mael akur dengan kesilapan dilakukannya dan mahu kembali bekerja keras serta cuba menjadi yang terbaik.

“Sayang juga kerana saya telah melengahkan karier yang saya bina dengan kesilapan tersebut... Jadi sekarang, apa yang saya buat adalah cuba untuk bangkit semula dengan lebih kuat.

“Saya tidak akan pernah berhenti mempercayai diri sendiri dan akan cuba yang terbaik. Dengan sokongan ibu saya, saya cuba sedaya upaya untuk stay positif.

“Saya percaya bahawa, saya boleh bangkit balik semula, ibu saya percayai saya lebih daripada saya. Ketika itu, muzik menjadi satu-satu teman motivasi bagi saya untuk berdiri hingga ke hari ini,” ujar penyanyi muda itu.


Sumber: GETARAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:07 PM
Dik, kau talented, rupa pun ada. Mohon jaga kelaku sikit
Quote sleepandream 1-4-2023 02:19 PM
yoo yooo ooo jeee... asik kantoi pg club je... kaki clubbing kewww
Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:29 PM
sleepandream replied at 1-4-2023 02:19 PM
yoo yooo ooo jeee... asik kantoi pg club je... kaki clubbing kewww

ummah2 yang skrg bertudung litup di usia 30an kebanyakannya kaki clubbing jugak zaman muda2. proses

Quote dudaberhias 1-4-2023 02:44 PM
lagu2 dia best... tapi tu la hujung2 boya duk bercomolot dengan cikki dengan molot bau masam heshe yihhhh... tak padan dengan rupa sid ice age...

telinga pun macam dumbo boleh kibas2 bagi sejuk badan...
Quote Kurex 1-4-2023 02:58 PM
Tapi kalau dia nak iols, iols ok jah. Tak luak pun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.029055 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top