“Dipendekkan cerita, waktu tersebut semua tengah tegang dan bagi saya semua pihak mahukan jawapan.
“Kalau saya berikan penjelasan ketika itu, rasa buang masa kerana orang akan tetap menghakimi apa saya lakukan. Saya cuba untuk mempertahankan diri dan mengakui salah saya pada ketika itu.
“Namun, secara perlahan-lahan, saya mula sedar bahawa kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Dan apa yang kita perlu adalah dengan memperbaiki diri daripada kesilapan yang dilakukan supaya ia dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang lebih baik dan hebat.
“Jadi, saya mula menerima kekhilafan saya dan saya move on,” ujar penyanyi yang kini berusia 23 tahun.
Berkongsi lebih lanjut, Mael berkata, penerimaan keluarganya ke atas kontroversi berkenaan membuka matanya, dan membuatkannya bangkit daripada kesilapan lampau.
“Sebenarnya, selepas kontroversi video saya bercium itu menjadi tular, ibu dan keluarga saya memang berasa sedih pada mulanya.
“Namun, dua kakak dan ibu saya tidak membuang saya. Malah mereka duduk dan berbincang berkenaan perkara tersebut. Selepas kejadian itu ibu saya mula guide me well. Kadang kala kita belajar perkara yang paling mustahak dalam hidup kita menerusi kesilapan besar yang kita lakukan.
“Jadi, saya amat menyesal atas perbuatan saya, namun tidak merungut tetapi bersyukur atas apa yang telah berlaku kerana jika tidak saya tidak akan menjadi seperti sekarang.
“Saya jadi lebih peka terhadap diri dan keluarga tersayang saya. Malah, saya mula menjadi true to myself. Done with zaman-zaman hipokrit saya lalui sebelum ini,” ujar Mael.
Bagaimanapun, Mael akur dengan kesilapan dilakukannya dan mahu kembali bekerja keras serta cuba menjadi yang terbaik.
“Sayang juga kerana saya telah melengahkan karier yang saya bina dengan kesilapan tersebut... Jadi sekarang, apa yang saya buat adalah cuba untuk bangkit semula dengan lebih kuat.
“Saya tidak akan pernah berhenti mempercayai diri sendiri dan akan cuba yang terbaik. Dengan sokongan ibu saya, saya cuba sedaya upaya untuk stay positif.
“Saya percaya bahawa, saya boleh bangkit balik semula, ibu saya percayai saya lebih daripada saya. Ketika itu, muzik menjadi satu-satu teman motivasi bagi saya untuk berdiri hingga ke hari ini,” ujar penyanyi muda itu.
Sumber: GETARAN