CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da Unknown nak tunjuk bakat, bukan rupa

1-4-2023 09:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5344| Komen: 30|Original author: Tatod


Kumpulan Da Unknown menegaskan mereka mahu dikenali dengan karya muzik yang dihasilkan.

Salah seorang anggota kumpulan iaitu Ameer berkata, dia enggan peminat hanya mengenali kumpulan mereka disebabkan rupa paras yang tampan sebaliknya ingin membuktikan Da Unknown mampu menyanyi dengan baik di depan umum.

"Pada saya, apa yang ingin kami jual kepada umum sudah pasti karya seni dan muzik yang kami ada sebagai satu kumpulan boyband.

"Bukan sekadar rupa paras yang ada. Kami tidak mahu orang di luar san berkata harapkan wajah sahaja kacak tetapi tiada bakat.


"Sebagai sebuah boyband atau group vokal yang kesemuanya memang menyanyi, kami ingin tunjuk bakat kami yang sebenar. Fokus kami memang menyanyi,"" katanya.


Selain Ameer, kumpulan yang terkenal dengan lagu Baby Sayang itu turut dianggotai oleh Izmeer, Zaq dan Zofri.

Sementara itu, kata Izmeer pula, sebagai sebuah kumpulan yang baharu dalam industri, dia dan ahlinya sering menjadikan beberapa kumpulan terdahulu sebagai rujukan dalam berkarya.

"Untuk sebuah group baharu, banyak kumpulan terdahulu yang kami jadikan rujukan untuk hasilkan karya.

"Dalam pada itu, kami juga sentiasa mencari rujukan baharu yang lebih fresh selain jadikan kumpulan sendiri sebagai rujukan.


"Kami sentiasa memberikan pandangan dan bertukar idea antara satu salam lain dalam hasilkan karya yang akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Da Unknown dijangka bakal meluncurkan lagu baharu pada tahun ini.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 1-4-2023 09:35 AM
Salah seorang anggota kumpulan iaitu Ameer berkata, dia enggan peminat hanya mengenali kumpulan mereka disebabkan rupa paras yang tampan sebaliknya ingin membuktikan Da Unknown mampu menyanyi dengan baik di depan umum.


Tp.... tampan ke pun korang?
Quote swimswim 1-4-2023 09:58 AM
Nak muntah tp nnt batal puasa
Quote SherryZass 1-4-2023 10:05 AM
Sendu jah rupa parasnya pon. Yakinnya kamuu
Quote dua_chzy 1-4-2023 10:15 AM
Korang jangan. Lagu baby sayong deols juta2 views tau. Pehtu bbnus dok puji lagu meka tu sedap, etc. Memang selera budak2 generasi Z musiknya.
Quote doubleharmonic 1-4-2023 10:22 AM
celah mana tampan hah noreeen?
Quote codenamedream 1-4-2023 10:33 AM
"Salah seorang anggota kumpulan iaitu Ameer berkata, dia enggan peminat hanya mengenali kumpulan mereka disebabkan rupa paras yang tampan"

Quote diamondhoney 1-4-2023 10:45 AM
Kurang berupa sebenarnya..tapi takpe lah..kalo kat Malaysia ni ade sentiment kalo berupa je tak berbakat..kalo muka kelindang lori terus straight a lister..
Quote fadz84 1-4-2023 11:03 AM
Tampan ke masalahnya... Hehe
Quote Kentot_Wangi 1-4-2023 11:27 AM
Yakinnya kamu...
Masalahnyaaaaaa.. Kamu kacak ke?
Quote kepompong 1-4-2023 02:25 PM
dua_chzy replied at 1-4-2023 10:15 AM
Korang jangan. Lagu baby sayong deols juta2 views tau. Pehtu bbnus dok puji lagu meka tu sedap, etc. ...

#donetambahview

lurus bendul tadi eja b a b y s a y o n g… rerupanya eja macam biasa baby sayang

bukan selera i . obviously i bukan gen Z
Quote dudaberhias 1-4-2023 02:36 PM
celah mana tampannya haa nyah???

cuba masing2 letak tin beskot karat kat depan theyols... confirm ada yang hulur singgit dua nanti...
Quote tahanie 1-4-2023 05:18 PM
Ada pula retis nak pakai nama da, de, dan d’ ala2 kedai makan gred bawah
Quote bulanbulat 1-4-2023 07:25 PM
Kacak where got
Quote jepp 1-4-2023 07:29 PM
kaka suka lagu baby sayang tu…
apekah kaka gen Z? ;)
Quote Aneem 1-4-2023 07:55 PM
Mampos la costume belang2
Kau kenan nyamuk ke bekas banduan?
Quote honeybee1802 1-4-2023 08:44 PM
diamondhoney replied at 1-4-2023 10:45 AM
Kurang berupa sebenarnya..tapi takpe lah..kalo kat Malaysia ni ade sentiment kalo berupa je tak berb ...

Dah le kurang berupa...costume pun..alahai....mcm badut plak...
Quote diamondhoney 1-4-2023 09:19 PM
honeybee1802 replied at 1-4-2023 08:44 PM
Dah le kurang berupa...costume pun..alahai....mcm badut plak...

Ya ampun chuols.. Iols sampai scroll balik nak tengok costume badut tu.. tak perasan sbb tajuk berkenaan rupa so fokus kat rupa la..tapi kalo set kpop pkai gitu takde lah nampak badut sangat why leh
Quote clarizsa 1-4-2023 09:56 PM
Tampan celah mana

Nama kumpulan pun buruk je
Quote uori 1-4-2023 09:59 PM
seragam dorang dah macam towel aku, jadi adakah aku patut ghisau tetiba jadi tampan ke apa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040169 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top