Kumpulan Da Unknown menegaskan mereka mahu dikenali dengan karya muzik yang dihasilkan.
Salah seorang anggota kumpulan iaitu Ameer berkata, dia enggan peminat hanya mengenali kumpulan mereka disebabkan rupa paras yang tampan sebaliknya ingin membuktikan Da Unknown mampu menyanyi dengan baik di depan umum.
" ada saya, apa yang ingin kami jual kepada umum sudah pasti karya seni dan muzik yang kami ada sebagai satu kumpulan boyband.
"Bukan sekadar rupa paras yang ada. Kami tidak mahu orang di luar san berkata harapkan wajah sahaja kacak tetapi tiada bakat.
"Sebagai sebuah boyband atau group vokal yang kesemuanya memang menyanyi, kami ingin tunjuk bakat kami yang sebenar. Fokus kami memang menyanyi,"" katanya.
Selain Ameer, kumpulan yang terkenal dengan lagu Baby Sayang itu turut dianggotai oleh Izmeer, Zaq dan Zofri.
Sementara itu, kata Izmeer pula, sebagai sebuah kumpulan yang baharu dalam industri, dia dan ahlinya sering menjadikan beberapa kumpulan terdahulu sebagai rujukan dalam berkarya.
"Untuk sebuah group baharu, banyak kumpulan terdahulu yang kami jadikan rujukan untuk hasilkan karya.
"Dalam pada itu, kami juga sentiasa mencari rujukan baharu yang lebih fresh selain jadikan kumpulan sendiri sebagai rujukan.
"Kami sentiasa memberikan pandangan dan bertukar idea antara satu salam lain dalam hasilkan karya yang akan datang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Da Unknown dijangka bakal meluncurkan lagu baharu pada tahun ini.
Sumber: GEMPAK
|