Pengarah Syamsul Yusof mengakui kesilapannya menyembunyikan hal sebenar mengenai kemelut rumah tangga daripada pengetahuan ibunya, Datin Patimah Ismail. Ramai beranggapan Puteri Sarah bertuah kerana meraih sokongan penuh daripada ibu mentuanya itu, namun disebabkan itu jugalah menjadi penghalang untuk Syamsul berterus-terang dengan ibunya. Syamsul yang ditemui di mahkamah sebelum ini mengakui tindakannya itu silap dan sudah terlambat untuknya membuat penjelasan. “Sudah tentu sebagai anak saya sedih. Walau apapun, dia tetap ibu saya. “Macam saya katakan tadi, mungkin silap saya tidak menceritakan kepada ibu saya hal sebenar. “Mungkin kalau saya cerita semuanya sekali pun, benda tu dah basi dan terlalu lambat sedangkan Sarah hari-hari dengan ibu saya,” katanya dipetik daripada BOOM! Malaysia.
Tambahnya, dia seorang yang tidak gemar bercerita hal rumah tangga kepada orang termasuk ibu bapanya dan berharap hubungan mereka kembali jernih. “Mestilah saya sedih. Sekarang saya harapkan hanya masa saja akan jernihkan keadaan, insya-Allah. Begitu juga dengan ayah saya. “Kalau bergaduh pun antara kami, saya takkan beritahu kekurangan Sarah ke apa ke. Saya bukan macam tu,” katanya. Nasi dah jadi bubur, Syamsul. - CARI
|
sharlenetexas replied at 31-3-2023 03:58 PM
Putihnya gigi.
dudaberhias replied at 31-3-2023 04:18 PM
alasan betul si gigi palsu kena tepek polident tiap pagi ni...
takde kena mengena langsung dengan ap ...
ADVERTISEMENT