CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Nak Percaya, Percayalah' - Mia Sara Terkejut Dengan Dakwaan Buka Tudung Dan Berparti

31-3-2023 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8377| Komen: 23

Pelakon Mia Sara menepis gosip tular yang mendakwa dirinya sudah tidak bertudung dan berparti di kelab malam.

Pemilik nama lengkap Mia Sara Nasuha mengakui terkejut apabila mendapat tahu spekulasi tersebut.



IG

“Zaman sekarang di media sosial. Fitnah atau apa-apa adalah benda yang biasa berlaku. Orang boleh sahaja letak gambar sesuka hati.

“Saya nak cakap, itu bukan saya. Kalau nak percaya, percayalah kalau tak mahu, tidak mengapa.

“Saya sendiri agak terkejut dapat panggilan daripada ramai pihak. Saya pun tak tahu sumber itu daripada mana datang. Saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya cakap lebih-lebih pun, macam saya pula yang salah. Tapi saya rasa terpulanglah. Kalau nak teruskan spekulasi ini atau terus mengecam dan memfitnah, terpulanglah pada anda,” katanya.



Dalam pada itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan turut membuka mulut mengenai dakwaan liar tersebut yang melibatkan anaknya itu.

Tegas Muhammad, dia berharap semua pihak dapat menghentikan menyebarkan spekulasi tersebut dan menghormati bulan Ramadan.

“Benda ini dah berlarutan agak lama, saya bagi dia yang memberi kenyataan tapi lain pula jadinya dan nampak bertambah parah.

“Sekarang ini saya harap ia berakhir di sini sahaja. Gambar dan video tersebut bukan anak saya. Saya tak faham kenapa perlu dikaitkan dengan anak saya.

“Saya harap berhenti sebarkan spekulasi ini, lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip rakaman yang memaparkan seorang artis wanita berhijab didakwa membuka tudungnya dan berparti di sebuah kelab.


Sumber: Hlive/Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 31-3-2023 02:45 PM
Elek2 sudahhh..pak azimin selamba jer walaupun pic clear.
Quote mh17 31-3-2023 03:14 PM
muahaha,da mmg dia..hormon adrelin tgh mlonjak2
Quote jasmeen 31-3-2023 03:25 PM
Belibis replied at 31-3-2023 02:45 PM
Elek2 sudahhh..pak azimin selamba jer walaupun pic clear.

geli gila ingat jemin tu.terus kuPANGKAH dari hidup
Quote jasmeen 31-3-2023 03:25 PM
mh17 replied at 31-3-2023 03:14 PM
muahaha,da mmg dia..hormon adrelin tgh mlonjak2

hai meh? ada bukti tak
Quote myakayina 31-3-2023 03:25 PM
kita semua pernah muda dan remaja...
Quote dudaberhias 31-3-2023 04:21 PM
alah mengaku dan buka je lah dik kalau tak bersedia bertudung lagi... ko muda lagi...
kalau kena kecam pun sebulan je sebab sendu...

lagipun haritu kau bertudung elok berbaju labuh pun datang juga komuniti2 umat islam fikiran dunia ketiga yang toksik mengkritik kata tudung kau tak labuh bagai.... padahal baju dah longgar gila masa tu... sebenarnya deorang nak jauhkan manusia2 dari islam agitteww... nampak sangat kan.... taraf2 tentera dajjal gitu masing2... dah la free of charge plak tu buat kerja ... tak payah penat2 nak bersymbolism kulu kilir...
Quote Nt-ViruS 31-3-2023 06:44 PM
dudaberhias replied at 31-3-2023 04:21 PM
alah mengaku dan buka je lah dik kalau tak bersedia bertudung lagi... ko muda lagi...
kalau kena kec ...

ironi kata orang komen toxic tapi ko sendiri pun 2x5 toxic.

Quote rayray28 31-3-2023 08:00 PM
Amboiii mekapnya yg skg pn.....
Quote Ahriman 31-3-2023 08:06 PM
Oouhh.. confirm die ke?..dulu kemain beri komen pasal isu balqis..skang diri sendiri buat hal tak ngaku..
Quote Perawankota 1-4-2023 03:46 AM
Seramnya tgk make up budak2 sekarang.. si balqis ari tu aku tertengok drama misteri apatah, pakai baju budak sekolah, tapi make up bagai nak rak..
Quote noor2 1-4-2023 05:39 AM
Kesiannya hidup ko dik kalau mmg betul ko x pakai tudung..apa ko nk malu atau takut ..mengaku jela..rugi hidup bertunjangkan semua nk dpt validation atau approval dari masyarakat semata....
Quote bluecrystal 1-4-2023 06:01 AM
baca kat tiktok katanya memang bukan mia sara tapi pelakon juga ..artis sejuk beku kot
Quote buragazz 1-4-2023 06:42 AM
Yer la tu klu bukan kompom dia cakap itu bukan saya.. ni nak percaya percayalah.. pastu yang terkejut tu bukan pasal berita ni tapi terkejut alamak kenapa boleh kantoi ni..
Quote kucingitam 1-4-2023 09:19 AM
bagus jawapan ko dik..rileks2 je dah..lantak drg la..mcm drg tu lahir2 terus bertudung, ye dak..
Quote Naftalena 1-4-2023 09:56 AM
kalau nak bukak tudung pun tak apa... it's ok mia .

Muda lagi, kann. Explore hidup ni, tapi jangan sampai merosakkan maruah n akidah. Add colours to your life.

Ntah, aku nampak mia ni membosangkan. Skala nguapan magnitud 9.8 gitu.
Quote Diamondmoney 1-4-2023 10:24 AM
Sllu yg tak mgaku ni semua sbnrnya benda tu betol
Quote Labubabibu 1-4-2023 01:11 PM
Mia sara ni gigi dia pelik.. Besar2 camana tah
Quote beatgirlX 1-4-2023 01:11 PM
Ada ke video clear tanpa diblurkan?
Quote Kurex 1-4-2023 03:03 PM
Kalau bertudung & tak bertudung, lakonan kau tetap kayu..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top