CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Dilarang Guna Fon Kepala Ketika Bekerja

31-3-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4181| Komen: 13

Arahan jabatan sumber manusia (HR) sebuah syarikat di India melarang pekerja menggunakan fon kepala ketika bekerja, mengundang perhatian ramai.

India Times melaporkan, pihak majikan berkata, perbuatan tersebut menyebabkan mereka tidak fokus ketika melakukan tugasan.



Gambar hiasan

Tangkap layar memo tersebut dikongsikan di laman perbincangan, Reddit.

“Untuk perhatian semua, HR di Mumbai. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Ia amat menjengkelkan,” demikian menurut hantaran individu berkenaan.

Memo tersebut pula berbunyi: “Kami sedar  ramai daripada anda menggunakan fon kepala ketika bekerja. Malangnya, anda gagal memberi  perhatian penuh kepada pekerjaan yang menyebabkan kualiti kerja merosot selain tugasan gagal diselesaikan. 

Hantaran itu mendapat perhatian ramai dengan kebanyakan pengguna tidak bersetuju dengan arahan tersebut.


“Saya seorang introvert. Saya tidak suka bercakap dengan orang lain. Saya sering memakai fon kepala ketika bekerja, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Saya hanya perlu fokus, tidak mempedulikan orang di sekeliling dan tidak terganggu oleh bunyi bising. Saya dapat menyiapkan kerja walau apa pun tugasan diberikan. Itu yang paling penting,” kata netizen berkenaan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 31-3-2023 02:35 PM
Mesti kes boss dah panggil banyak kali tak dengar tu mula buat larangan
Quote babelina 31-3-2023 03:11 PM
kt ofc aku dulu bole juga pkai earphone.. ada yg diam2 tgk drama kt hp pula nie.. pastu tel ofc berdering bagaikn nk meletop sapa pn x nk angkat.. terus HR aku x bg pkai dh..
Quote pp_gurl 31-3-2023 03:40 PM
opis aku mmg tak blh pakai
tp tak dgr lagu mengantuk oiiii
dah seghoper dok dlm library senyap je
Quote KamikuP 31-3-2023 04:07 PM
Meolls pakai headfone bila zoom mmeting jahh.. koser pakai masa ofis hour rimas tau dak
Quote shernazz 31-3-2023 04:12 PM
Telepon opis tak.boleh tengok nombor ke?
Kalau takde pung ..bila telepon berbunyi TU..dia akan ada kelip2 kan...
Alert la .melainkan telepon opis mcm telepon rumah mmg susah la nak tahu sebab pasang headphone siap bunyi mcm orang konsert kat bukit Jalil nun
Quote PULANGKAN 31-3-2023 10:29 PM
opis lama Iols, ada sorang brader ni, selalu OT sorang2 lepas office hour

waktu biasa, dia buat koje pakai headphone

bila semua dah balik, cabut headphone, cucuk speaker, sambung buat keje. sapa lalu ofis memang terkejut muzik kuat

tapi dia tak kacau orang. bos-bos semua suka kualiti keje dia, etika dia, memang tiptop. so semua bagi tacit approval melibatkan dia
Quote tungkai 31-3-2023 10:38 PM
Tak panas ke telinga pakai headphone lama2?
Quote I.K.A888990 1-4-2023 12:44 AM
yg pakai lama2 tu takut meletup lak kat telinga
Quote airfilterkotor 1-4-2023 04:55 AM
tungkai replied at 31-3-2023 10:38 PM
Tak panas ke telinga pakai headphone lama2?

Earpad kulit sintetik, akan rasa panas.
Lepas betukau kepada kulit ori, tak panas.
Quote gekkou 1-4-2023 06:01 AM
tak sakit telinga ke pakai lama2
pakai time meeting pun aku rimas
Quote jureencute 1-4-2023 06:32 AM
Teringat daily maid aku suka betul guna earphone yg jenis bluetooth tu. Kenapa ek maid maid indon ni suka sgt berbual x berenti2? Pelik aku.
Quote ultra78 1-4-2023 06:38 AM
Aku pakai headphone jika masuk ofis. Jenis noise cancelling yang boleh reduce bising aircond dan orang bercakap. Memang membantu untuk focus. Kadang-kadang pakai headphone tu berjam-jam semata untuk noise cancelling aje,tak play music pun.
Quote Decaffeinated 1-4-2023 08:15 AM
Fokus atau tak fokus tu atas masing2. Yang pasti kalau pakai headphone ni akan nampak buruk dan anti sosial.

Kat company aku dulu ada sorang bos ni yang suka pakai headphone gedabak tu dalam LRT. Sesuai ka tak?


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032312 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top