CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Tertembak Mati Adik Berusia 16 Bulan

31-3-2023 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3755| Komen: 5

Budak lelaki berusia 5 tahun menembak adiknya berusia 16 bulan di sebuah pangsapuri dekat Lafayette, Indiana, semalam.

Polis dalam kenyataan berkata, insiden membabitkan Isiah Johnson itu adalah kejadian terkini membabitkan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS), tahun ini.



Pihak berkuasa berkata mereka bertindak balas terhadap laporan tembakan di apartmen di Lafayette. - Foto AP

Katanya, mayat bayi dengan kesan luka tembakan itu ditemui susulan laporan mengenai kejadian terbabit di lokasi kejadian yang terletak 96 kilometer di utara Indianapolis, Selasa lalu.

Ketika kejadian, seorang individu dewasa dan dua kanak-kanak itu berada di dalam pangsapuri terbabit.

"Detektif dan Jabatan Polis Lafayette mendapati bayi terbabit ditembak abangnya yang memiliki akses kepada senjata di apartmen berkenaan," katanya.

Sementara itu, Kapten Brian Phillips dari Jabatan Polis Lafayette, berkata siasatan bagi menentukan pemilik senjata terbabit sedang dijalankan, selain memaklumkan tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Media tempatan pula melaporkan, individu di luar pangsapuri itu menghubungi pegawai kecemasan dan bayi terbabit disahkan maut ketika apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.

Data daripada kumpulan advokasi, Everytown for Gun Safety, melaporkan hampir 100 kes tembakan tidak disengajakan membabitkan kanak-kanak, mengakibatkan 25 kematian manakala 39 lagi cedera di AS, tahun ini.

Pejabat Koroner Daerah Tippecanoe yang menjalankan proses bedah siasat semalam, mengenal pasti punca awal kematian bayi akibat kesan tembakan.

Semalam, polis berkata, hasil siasatan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Daerah Tippecanoe bagi menentukan sama ada sebarang pertuduhan perlu difailkan, sejurus dokumen berkenaan siap sepenuhnya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 31-3-2023 02:26 PM
Bukan kes pertama pernah ada je kes serupa sebelum ni tapi macam tak ada kesudahannya
Quote Nt-ViruS 31-3-2023 06:42 PM
Ada satu kes, budak ni main2 pistol ala gaya video musik rapper tapi tertembak cousin dia lepas tu dia takut terus dia tembak diri dia sendiri. ada videonya tular. 12 dgn 14 tahun.
Quote cmf_blanco 1-4-2023 12:01 AM
Gitu la amarika, ada rakyatnya yg sibuk dgn hak nak ada senjata api..tiap tiap tahun mesti ada kes menembak atau tertembak..kebebasan la sangat..
Quote I.K.A888990 1-4-2023 12:42 AM
sampai sudah tak ban senjata api kat sana. tak serik ke tgk news mcm ni
Quote toynme 3-4-2023 09:38 AM
I.K.A888990 replied at 1-4-2023 12:42 AM
sampai sudah tak ban senjata api kat sana. tak serik ke tgk news mcm ni

tapi ada sejenis candy dia banned sbb katanya rate mati lagi tinggi...mati tercekik candy....lagi peghakk org US ekk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.115768 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top