CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dihalau Dari Pesawat Sebab Enggan Duduk Sebelah Penumpang Gemuk

31-3-2023 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3838| Komen: 4

Seorang lelaki mendedahkan pengalaman dia diarahkan turun dari sebuah pesawat selepas membuat aduan mengenai perasaan tidak selesa untuk duduk di sebelah penumpang berbadan gemuk, lapor laman berita Fox News.


Berdasarkan hantaran yang tular di laman perbincangan Reddit, lelaki yang tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan itu berkata, ketika kejadian, dia mahu menaiki penerbangan pulang ke negaranya.


Gambar hiasan

“Saya melihat seorang lelaki gemuk  duduk di kerusinya dengan sebahagian kerusi saya turut diduduki oleh individu itu.

“Saya sendiri bukan lelaki bersaiz kecil. Saya memiliki bahu yang lebar  dan tinggi 190 sentimeter. Jadi, saya akan berasa tidak selesa,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, dia terus mengadu kepada kru kabin mengenai isu tersebut, namun diberitahu bahawa individu terbabit turut menempah tempat duduknya untuk digunakan.


“Saya bertanya kepada mereka bagaimana situasi itu boleh berlaku sedangkan tempat duduk tersebut telah dibeli oleh saya. Saya menyatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut mempunyai kualiti perkhidmatan yang tidak terlalu teruk beberapa tahun lalu (tidak seperti sekarang),” tulisnya.

Kata-kata itu membuatkan dia digelar biadab oleh kru kabin sebelum diarah turun dari pesawat dan dia diberitahu akan menerima pampasan.

“Lelaki gemuk itu  menggelar saya ‘fobia terhadap  orang gemuk’, manakala beberapa penumpang lain memerhatikan saya dengan pandangan skeptikal,” ujarnya.

Hantaran itu menerima pelbagai komen pengguna Reddit dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.

“Dia menghina lelaki gemuk itu. Adakah dia ada cuba bercakap dengan penumpang tersebut supaya mengalihkan sedikit kedudukannya sebelum pergi mengadu kepada kru kabin? Cuba belajar untuk berdiplomasi,” kata seorang pengguna media sosial. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 31-3-2023 02:27 PM
Edited by BartholomewKuma at 31-3-2023 02:28 PM

Gemuk obes menyusahkan orang. Aku palin tak suka nak berurusan dngn org gemuk baq hang. Segala benda segala bucu depa ni menyusahkan hidup hangpa. Pi mampuih lah hangpa nak kata aku body shaming kaaa apa kaaa. Jenih gemuk suka melantak makan kedarah serupa tak dak hari esok nak simpan.  Bila duduk di kerusi badan dia saja hat penuh. Belum kira dalam lif lagi. Belum kira majoriti gemuk ni pelamaih nak mampuih
Quote Artemesiaa 31-3-2023 02:40 PM
Tak seharusnya dia dihalau ada lojik pemintaannya tu.  Hanya mereka yang pernah lalui situasi sama je yang tahu.
Quote doridori_hi 31-3-2023 02:42 PM
Manusia kalau gemok serba serbi problem dan di pandang rendah, lainlah kucing lg gemok lg syok nk gomol2 ..
Quote naina 31-3-2023 02:46 PM
Orang gemuk kalau berdengkur 1 pesawat boleh dengar. Apatah lagi duduk sebelah. Aku pernah ada pengalaman ni. Perjalanan 8 jam untuk sampai destinasi. Kebanyakan masa memang dengar orang tu berdengkur. Badan agak gemuk dan rupa²nya memang dah pakai injap. Kuat gila oi dengkur.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030268 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top