Kemelut demi kemelut dan kontroversi silih berganti, Ali Puteh optimis meneruskan perniagaan atas talian. Malah, pelawak itu bersyukur jualan pakaian dan wangian yang diusahakan menerusi media sosial masih mendapat sambutan baik. "Saya mula berniaga pada bulan puasa ini, sebelum ini perniagaan ini diusahakan oleh isteri saya dan ada juga terlibat dengan mana-mana ekspo. Tapi semenjak puasa saya pula yang mengambil alih dan berniaga di atas talian. Saya berniaga baju kanak-kanak dengan haruman buat sementara ini. "Alhamdulillah sambutan menggalakan dan sangat baik, penghantaran pun dah banyak. Alhamdulillah banyak orang-orang kita yang sokong... yang kecam-kecam pun banyak juga.
"Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini. Sehari dapat juga saya jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya," katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai perniagannya itu, Ali memaklumkan dirinya hanya pembayaran perbankan atas talian kerana bimbang ditipu jika berurusan menggunakan pembayaran tunai semasa penghantaran (COD). Sebelum ini, hangat dibincangkan netizen mengenai Ali yang tidak mampu membayar RM60,000 kepada balu abangnya, pelawak Abam iaitu Nor Hidayah secara tunai dengan segera dek sudah lebih enam bulan tidak menerima tawaran kerja seni. - CARI |
Barebow77 replied at 31-3-2023 05:18 AM
Ada lah jugak layan live ali nie kat tt..bukan nak beli tapi syok baca komen nurtizen yang menghemta ...
sleepandream replied at 31-3-2023 12:44 PM
best ke shopping dalam tiktok? ada voucher2 ke macam shopee live?
ADVERTISEMENT