CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kejam Pukul Dan Bakar Anjing Hidup-Hidup Berhampiran Klinik Haiwan

31-3-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6850| Komen: 24

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai mengenai seorang lelaki tidak berhati perut memukul dan membakar seekor anjing hidup-hidup.

BH Online melaporkan, kejadian dipercayai berlaku di Taman Impian Emas, Skudai di sini, Isnin lalu.


Tiga video yang juga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang rasa marah pengguna media sosial yang menontonnya.



Menerusi rakaman CCTV dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang datang ke lokasi kejadian pada tiga hari berbeza.

Pada video pertama, lelaki itu tiba di lokasi dengan menaiki basikal kira-kira jam 11.02 malam, 8 Mac lalu sebelum bertindak membaling sesuatu dipercayai pasu atau baldi kecil ke arah anjing terbabit.

Manakala, pada video kedua iaitu jam 12.11 tengah malam, 14 Mac lalu, lelaki terbabit datang dengan menaiki basikal dan dilihat membaling sesuatu dipercayai batu ke arah haiwan berkenaan.


Kira-kira jam 1.49 pagi, Isnin lalu, dalam video ketiga, lelaki kejam itu sekali lagi datang ke lokasi kejadian dan memukul anjing itu dipercayai menggunakan kayu sebelum bertindak membakarnya.

Turut kelihatan anjing itu yang sudah terbakar di bahagian punggungnya lari meninggalkan lokasi kejadian.

Mengulas mengenai kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan polis pada jam 2.59 petang, Isnin lalu, yang dibuat oleh orang awam berkaitan kejadian seekor anjing dipukul dan dibakar hidup-hidup.

"Perbuatan berkenaan disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan dan rakaman video berkenaan kejadian itu tular di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku berhampiran sebuah klinik haiwan di sekitar Taman Impian Emas, Skudai di sini dan tujuan pengadu membuat laporan polis adalah untuk merujuk kes kepada Jabatan Veterinar bagi menjalankan siasatan terhadap penyeksaan haiwan itu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Beliau berkata, Jabatan Veterinar Negeri Johor menjalankan siasatan ke atas kes itu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta yang sama.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 31-3-2023 10:29 AM
Mental betul orang ini
Quote zehra2 31-3-2023 10:34 AM
tak sanggup nk tgk video.
ada tak yg cari n jumpa anjing tu?
tolong bwk ke klinik.?
Quote bakingsoda 31-3-2023 10:38 AM
semoga kena kifarah mcm si anat pembaling mercun
Quote cikatilia 31-3-2023 11:12 AM
the fish.. sick sgt ke sampai sanggup ko bakar haiwan tu hidup2..
moga balasan berganda2 mcm yg biar kucing mati kebulur tu.
Quote OyenLemas 31-3-2023 11:52 AM
dulu masa iols kecik2 . ada budak buat mcm ni kt kucing. mula2 igtkn belakang badan kene lumpur (bulu bertukarnwarna mcm lumpur3 kehitaman + melekap kt badan)
rupa2 org kata . belakang badan dia kene bakar kesian weh. last2 mati kucing tu, terbaring dr lepas kene bakar smpi ke akhir hayat dia
Quote Simunggu 31-3-2023 11:53 AM
hati kering manusia mcm ni...bagus kerja dgn along
Quote isseliparjepun 31-3-2023 11:59 AM
Kejamnya manusia. Kalau jenis takde belas pada haiwan, apatah lagi pada manusia. Lain dengan orang takut haiwan, dan juga orang yang kejam dengan haiwan.
Quote KamikuP 31-3-2023 12:16 PM
Apa le sakit hati sgt kat anjing tu sampai kene bakor mcm tu.. wpon meolss benci kat anjing tapi nak bakar tu idak ler
Quote dengilo 31-3-2023 12:34 PM
Satu lg orang gila. Moga polis tangkap dan bakar gak bontot dia
Quote AbukRokok 31-3-2023 12:36 PM
Api apa yg bergerak tu laju
Tuju tuju
Quote AbukRokok 31-3-2023 12:39 PM
Normal je klu ada depopulation manusia
Mestilah ada depopulation haiwan
Quote Buritan 31-3-2023 01:35 PM
Aku pun tak tgk.. babi betullaa.. aku ni bab kucing dgn anjing very sensitif
Quote Kitty_catz 31-3-2023 01:41 PM
moga pacik ni dizalimi semasa tuer dan bila dah mati esok   oleh api nurake

yihhh
Quote Artemesiaa 31-3-2023 01:44 PM
Kejamnya perbuatan moga segera dicekop pihak berkuasa
Quote prettyuglybabe 31-3-2023 03:04 PM
semoga pelaku mampus hangus terbakar..
Quote pocongkiutss 31-3-2023 03:05 PM
Semoga ko mampos digelek steamroll
Quote rogayahtop 31-3-2023 06:28 PM
Rata2 manusia yg buruk perangai dgn binatang  ni mesti buruk perangai dgn manusia. Pembunuh binatang ni selalunya upgrade bunuh org pulak.
Quote Zazama 1-4-2023 12:38 AM
Semoga manusia keji tu dapat balasan setimpal!
Quote che-cikL 1-4-2023 06:05 AM
Semoga dia dapat betul2 ditimpa bala dan merasa derita anjing tu, sampai ke akhir hayat dihina makhluk Allah yg lain.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.098810 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top