CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Ohmakk Aii] House Of Nasi Kerabu Terbaiklah!

5-10-2015 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10457| Komen: 16

Oleh Izzah Abbasy

Nasi kerabu makan dengan udang, ketam, ikan besar macam ni? Terkejut penulis tengok gambar-gambar dekat House of Nasi Kerabu ini. Kecur air liur tengok udang besar-besar tu. Harga pun pasti besar kan? Hihi. Sesiapa pernah makan dekat sini? Kongsilah cerita dan pengalaman korang. Sedap tak?

Sejarah House of Nasi Kerabu

Nasi Kerabu NARA adalah sempena satu nama daerah di Selatan Thailand iaitu Narathiwat. Di daerah inilah Pengasas House of Nasi Kerabu iaitu Puan Hajjah Jaharah binti Omar dilahirkan pada tahun 1949 [Since 1949]. Resipi Nasi Kerabu NARA ini telah diwarisi dan diperturunkan oleh beberapa generasi keturunan beliau sejak zaman berzaman lagi. Beliau bersama suami, Allahyarham Mamat bin Daud telah berhijrah dan menetap di Kota Bharu Kelantan sekitar tahun 60an dengan membuka gerai makan yang menjual Nasi Kerabu NARA. Kedai terakhir mereka sebelum penubuhan House of NASI KERABU adalah di bawah Pasar Besar Lama yang juga dikenali sebagai Pasar MPKB.

Uniknya Nasi Kerabu NARA ini adalah terletak pada bahan-bahan campuran di dalam proses penyediaan Nasi Kerabu NARA ini. Di mana warna biru Nasi Kerabu NARA tersebut dihasilkan daripada ekstrak jus daun mengkudu yang membuatkan bau nasi menjadi wangi. Budunya terlebih dahulu dimasak dengan herbal istimewa terpilih. Kerisik kelapa yang diadun bersama rempah ratus terpilih, sambal ikan yang diproses halus dan teliti dalam penyediaannya dan juga ulam-ulaman kampung. Campuran bahan-bahan tersebut menjadikan Nasi Kerabu NARA rasa yang begitu nikmat dan teruja bagi setiap hidangannya.

Ha! yang menariknya, Ayah Kipidap pun dah datang kat sini tau.

Terdapat dua cawangan


Tak adalah jauh sangat, jomlah ramai-ramai mencuba nasi kerabu di House of Nasi Kerabu yang semestinya mempunyai kelainan tersendiri.


Aneka Menu












CARI Infonet




17

Bagus
26

Marah
30

Terkejut
27

Sedih
31

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote are-ja 6-10-2015 04:12 PM
sodappppp!!!
Quote starbee 7-10-2015 12:06 PM
pergh sedapnye... harga x amek ke TT?
Quote foxnike 9-10-2015 11:30 AM
err... ketam percik ?!!

prefer ikan celup tepung atau ayam/daging bakar kecik2 je. senang nak makan ngan nasik.

harga camana ?
Quote meklalala 12-10-2015 05:04 PM
tetiba lapar bila tengok gambar nasi kerabu  ni..kejamnya TT
Quote schaKISS 31-1-2016 03:53 AM
Assalammualaikum.

Tengah search pasal House of Nasi Kerabu, ternampak thread kat sini... Hehe nak tolong post harga...

House of Nasi Kerabu ada dua cawangan. Prima Sri Gombak dan Shah Alam.
Quote schaKISS 31-1-2016 03:56 AM
Ni lagi menu.

Sekarang House of Nasi Kerabu tgh cuba nasib jual Nasi Kerabu Lemok (lemak lembu/tetel). Harga rm9.80.

Quote schaKISS 31-1-2016 03:58 AM
Ni produk terbaru: Nasi Kerabu Lemok. Takleh makan selalu! Kolestrol! Hikhikhik!



-saya bukan owner...bekas pengurus ;)
Quote Ipo 1-2-2016 04:17 PM
Nasi kerabu bila dijual di luar dari  kelantan...semua jadi tak sedapwalaupun orang kelantan sendiri yg buat dan jual..

setakat ni..tak jumpa lagi nasi kerabu yg benar2 sedap dan pure mcm di kelantan
ulam pun dah banyak masuk kubis dan kangkung..taugeh...
kat kelantan mana ada guna ulam kubis kangkung taugeh ni semua..



Quote MistrezHermanaz 2-2-2016 10:14 AM
schaKISS replied at 31-1-2016 03:58 AM
Ni produk terbaru: Nasi Kerabu Lemok. Takleh makan selalu! Kolestrol! Hikhikhik!

malam bukak x..teringin nk pegi tp jauh pulak..mlm boleh la dtg

Quote uda 2-2-2016 03:22 PM
Malam buka sbb kedai ni di kompleks pkns.
Pada i, rasa nasi kerabu disini taklah berapa sedap, ulam2 pun sikit. Sedap lagi nasi kerabu yg i selalu beli di pantai dalam.
Quote schaKISS 3-2-2016 01:48 AM
MistrezHermanaz replied at 2-2-2016 10:14 AM
malam bukak x..teringin nk pegi tp jauh pulak..mlm boleh la dtg

Malam bukak.
Gombak outlet 11am-11pm
Shah Alam 10am-10pm
Quote schaKISS 3-2-2016 01:54 AM
Ipo replied at 1-2-2016 04:17 PM
Nasi kerabu bila dijual di luar dari  kelantan...semua jadi tak sedapwalaupun orang kelantan sendiri ...

Masa saya kerja, ada customer ni mengamuk takde tauge. Dia cakap macam mana jual nasi kerabu tak ada tauge.

Nak kata pure tu susah nak jawab. Lain org lain pandangan. Sebab ni resepi mak owner. Dia asal Narathiwat. Dan dia masih sediakan sendiri budu, segala rempah
Quote schaKISS 3-2-2016 01:55 AM
uda replied at 2-2-2016 03:22 PM
Malam buka sbb kedai ni di kompleks pkns.
Pada i, rasa nasi kerabu disini taklah berapa sedap, ulam ...

Nanti i perpanjangkan kat owner tentang ulam sikit ni. Thanks for the feedback.
Quote Ipo 3-2-2016 07:23 AM
Edited by Ipo at 3-2-2016 06:28 AM
schaKISS replied at 3-2-2016 12:54 AM
Masa saya kerja, ada customer ni mengamuk takde tauge. Dia cakap macam mana jual nasi kerabu tak a ...

Saya dh rasa nasi kerabu naro ni..budu diorang masak dan rasanya manis. Sambal kelapa pun manis. Nasi kerabu Golok sama dgn nasi kerabu Naro ni.
Yang tauge tu sbb dh biasa jual kt luar kelantan guna tauge, kubis, kangkung. Jadi pelanggan dh biasa dgn tauge.

Arwah nenek saya dulu jual nasi kerabu. Air biru nasi kerabu dibuat dari air bunga telang atau aur dri bberapa jenis daun. Ulam pulak byk jenis, timun, kacang, daun kesum, daun putat, pucuk tikus, pucuk gajus, bunga kantan dn ada beberapa lagi.

Saya faham bukan senang nk dpt ulam yg pelik tpi kalau nk jaga rasa dn tulen nasi kerabu, elok guna ulam mcm tu. Sesuai dgn harga yg dikenakan.

Apa pun, saya sentiasa sokong sesapa yg jual nasi kerabu nih. Dan setakat ni, hanya ada nasi kerabu biru je. Nasi kerabu kuning dn nasi kerabu hijau tk ada..
Quote schaKISS 4-2-2016 01:48 AM
Edited by schaKISS at 4-2-2016 01:52 AM
Ipo replied at 3-2-2016 07:23 AM
Saya dh rasa nasi kerabu naro ni..budu diorang masak dan rasanya manis. Sambal kelapa pun manis. N ...


Ye kalau kat honk, mmg nasi kerabu nara. Sambal ikan tak campur dengan sambal kelapa. Sambal kelapa mmg manis! Bagi saya costly sikit la nasi kerabu nara. Macam macam bahan! Budu itself 2 jam masak atas dapur. Api kecik.

So far kat honk takde pakai kangkung la. Tu dah jadi lain pulak ye. Agree on the ulam part.
Lagi best pakai ulam kampung. Tapi tu lah. Kat chow kit pun takde ulam ni semua. Harap owner kelik kapung jah baru dapat. Itupun nak layu dah pasal travel 7 jam hihi.

P.s nasi kerabu warna kuning tu kalau di honk nasi kerabu tumis. Tapi outlet shah alam dah tak buat nasi kerabu kuning. Tak ramai order yg warna kuning. Ramai nak nasi kerabu tumis tapi warna biru. Nasi kuning buang gitu jah tiap hari. Terua stopped.
Quote kelip2_07 4-2-2016 11:24 AM
Ipo replied at 1-2-2016 04:17 PM
Nasi kerabu bila dijual di luar dari  kelantan...semua jadi tak sedapwalaupun orang kelantan sendiri ...

btl tu..kelapa tu dorang pkai hampas..pastu ulam-ulam klu kt kelantan byk jnis..br naik bau dia..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.235933 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top