CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Dapat Hadiah 35 Tan Kurma, 17,000 Naskah Al-Quran Dari Arab Saudi

30-3-2023 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14030| Komen: 26

Tradisi di bulan Ramadan diteruskan kerajaan Arab Saudi dengan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul AziI Al-Saud kepada umat Islam di Malaysia.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di sini, tadi.


NA'IM( kiri) menerima sumbangan dari Syaikh Abdul Wahab pada majlis simbolik penyerahan Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud di sini hari ini. FOTO Samadi Ahmad

Mohd Na'im dalam ucapannya berkata, sumbangan turut membabitkan 17,000 naskah al-Quran dan tajaan majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.

Menurutnya, Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program ini.


"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah," katanya.

Malaysia telah menerima sumbangan di bawah program hadiah berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

"Saya sentiasa mendoakan supaya hubungan akrab antara kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi, akan terus diperkukuh silaturahim seperti yang dikehendaki oleh agama," katanya.

Beliau berkata pengagihan sumbangan kerajaan Arab Saudi itu akan diuruskan oleh pelbagai pihak yang diselaras oleh Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Pejabat Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi di Luar Negara merangkap Pemangku Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur Syaikh Abdul Wahab Abdullah Al-Qahtan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 30-3-2023 05:11 PM
Jadi siapa yg dapat?
Quote aHoi83 30-3-2023 05:30 PM
Lepas tu kemana perginya??? Jual semula ke rakyat?
Quote ninja boy 30-3-2023 05:37 PM
Jika 1 org pakai 1 quran kalau ngaji setahun boleh katam 2-3kali bermakna1 quran pakai sampai lusuh mengambil masa 5-10 tahun, yg wakaf tu betul ka mereka ngaji sampai khatam pakai sampai lusuh  
Quote OyenLemas 31-3-2023 12:40 AM
itula tu. kemana peginya tu yeop? aiii kalau xkerana tread kt forum, xtaw langsung pasal berita ni. xkira. aku nak kurma tu,
Quote Rogue98 31-3-2023 12:46 AM
Eh jangan ambiklah....nanti Atuk kata tu hasil dari rompakan wanemdibi...
Quote likilu 31-3-2023 01:28 AM
Ni bukan damage kontrol
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:20 AM
best tu mai sikit sini kalau ada lebih
Quote venom1 31-3-2023 07:39 AM
kat mana nak rasa makan nasi arab tu
Quote ciksom 31-3-2023 07:49 AM
Malaysia telah menerima sumbangan di bawah program hadiah berkenaan sejak lebih 20 tahun.

Kenapala aku tak pernah dapat rasa kurma percuma tu.
Quote glump 31-3-2023 07:50 AM
ku sangka hadiah kurma bertan2 tu kerana lawatan PMX..rupanya dah bertahun tradisi tu. tak pernah tahu n tak pernah dapat. al maklum rakyat marhaen kita ni
Quote s@s@ 31-3-2023 08:31 AM
kurma is real
Quote jfq 31-3-2023 09:59 AM
Alangkan mask 2 lai yg dijanjikan masa zaman abahko pun aku tak dapat
Apa kan lagi nak merasa kurma seulas dua
Jangan harap
Quote sayurmayur88 31-3-2023 10:09 AM
nk juga merasa kurma pemberian raja arab saudi ni. mana boleh dapat ek??
Quote kucingitam 31-3-2023 10:53 AM
jfq replied at 31-3-2023 09:59 AM
Alangkan mask 2 lai yg dijanjikan masa zaman abahko pun aku tak dapat
Apa kan lagi nak merasa kurma  ...

mesti bahagian yu dah kena songlap dek ketua kg atau org yg agih tu..

family i alhamdullah dapat mask free tu..walaupun 2 lai je..
Quote cikatilia 31-3-2023 10:55 AM
jfq: Alangkan mask 2 lai yg dijanjikan masa zaman abahko pun aku tak dapatApa kan lagi nak merasa kurma seulas duaJangan harap


yela weh aku pon xdpt mask tu...
kawan opis aku dpt le dia dpt pakai courier.
Quote Clan204 31-3-2023 11:29 AM
memang tiap tahun time ramadan arab saudi akan derma quran dan kurma kan kat negara2 miskin atau membangun ni...
Quote Firenzza 31-3-2023 11:35 AM
Iols baru tahu pak arab bagi khurma free selama 20 tahun bersamaan 700 tan selama ni, so ke manakah aliran khurma2 tu selama ni....adakah every year org yg sama yg dapat....x kan khurma je dpt....air zamzam x derma jg ke?
Quote Simunggu 31-3-2023 11:48 AM
kurma buat apa banyak banyak...beraslah kalau nak bagi
Quote orkid_amani 31-3-2023 11:52 AM
ciksom replied at 31-3-2023 07:49 AM
Malaysia telah menerima sumbangan di bawah program hadiah berkenaan sejak lebih 20 tahun.

Kenapala  ...

Quran free pun sebuah xpenah dapat..siap baaanyaak org dok buat infak Quran lagi konon nak sedekah kat mesjid2 surau2 dah kenapa..mcm sekolah kafa ank aii utk batch diorang kami parents bg Quran & iqra utk letak dlm kelas..xpayah dah bawak hari2..iqra tu pass pulak kat kelas bawah bila satu kelas dah naik Quran.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.084578 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top