CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Liar Punya Pasal, 4 Jari Hancur Mercun Bola Meletup

30-3-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14472| Komen: 28

Empat jari tangan kiri seorang lelaki hancur selepas mercun bola dipegangnya meletup, malam tadi ketika mahu menghalau anjing liar.

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, mangsa yang berusia 34 tahun itu dikatakan mencucuh mercun bola untuk menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar, dekat Pokok Sena, di sini.



TANGAN kiri lelaki dibalut selepas empat jarinya hancur akibat mercun bola. FOTO ihsan pembaca

Menurut mangsa, dia tidak sempat membaling mercun itu kerana ia meletup terlebih dulu.

"Saya tengok tangan saya dah nampak tulang putih manakala empat jari saya hancur akibat letupan itu selain cedera sikit di perut.

"Kawasan rumah memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambing saya antara tujuh hingga lapan ekor, itu sebab saya baling mercun bola untuk halau anjing liar.


"Tapi tak sangka ini yang terjadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, dua jarinya terpaksa dipotong manakala dua lagi kudung akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku semalam namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 30-3-2023 05:06 PM
Padan muka terkena sumpahan anjing dibulan ramadhan
Quote missbigrockstar 30-3-2023 05:25 PM
Ini bukan cara halau yang betul ya. Padan muka. Bahana main mercun takda faedah.
Quote noor2 30-3-2023 05:27 PM
Anjing liar ni kalau kambing pun dia mkn....kucing,budak pun dia mkn juga, org besar pun dia akan serang...elokla ditembak mati semuanya...
Quote Dewa19XKangen 30-3-2023 06:31 PM
salah cara bang.. buh racun bukan baling mercun..
Quote rogayahtop 30-3-2023 08:25 PM
Santuni binatang jalanan. Stray dogs ni kalau bg makan  boleh jadi security bayar dgn kibbles je. Kifarah menyeksa bnatang ni kdg2 cash.
Quote clarizsa 30-3-2023 08:36 PM
Alasan yg mencurigakan
Padanla muka nya
Quote Cero8487 30-3-2023 08:49 PM
Huhu..xpraktikal lgsg caranya.. lps tu anjing2 dtg balik jgk..hmm..
Quote MissVixen 30-3-2023 09:01 PM
Kira mangsa ni baik juga. Dia baling mercun tu supaya bunyi kuat. Bukan kena anjing. Lagi kejam bagi racun rumput dekat makanan anjing.
Macam mana nak atasi masalah anjing liar ni. Kesian jugak tengok tapi habis ternakan, kucing pun dia bunuh. Kalaulah ada program kasikan anjing ni beramai ramaikan bagus.
Quote fortiori13 30-3-2023 09:06 PM
Edited by fortiori13 at 30-3-2023 01:08 PM

X pasal2 cedera....
Quote n3ar 30-3-2023 09:39 PM
Patut tembak je kasi mati anjeng2 liar ni... Takde makna nk bg makan nnt dia baik, jd guard la bagai.. Nnt lg membiak banyak lg laa..

Nk kasi, kos tinggi.. Kalau negara lain mmg ada yg tembak cam tembak gagak tu...

Tapi tu la malaysia majlis perbandaran tangkap je pun ramai acah pencinta haiwan marah2 viral kt media sosial.. Bila anak dia kena gigit terjangkit penyakit anjing gila baru la meracau minta pihak berkuasa ambil tindakan
Quote Dovahkiin 30-3-2023 10:22 PM
Cucuk jarum dalam telur rebus. Tabur keliling kebun.
Quote aint 30-3-2023 11:28 PM
hmm..... sblm ni guna apa halau anjing2 liar tu... betol ke anjing liar tu dh makan 7 atau 8 ekoq kambing hang... sama level harimau dah...
pttnya dh bole report polis dan jab vet utk uruskan anjing2 liar tu...


Quote kepompong 30-3-2023 11:38 PM
kat tempat i, halau monyet kera pun dorang pakai mercun…. tak sure mercun apa… berkesan jugak sbnrnya sbb monyet yg terkejut terus serik dlm jangkamasa yg lama. Anjing liar tak sure… kalau bela arnab mmg anjing liar akan dapatkan jugak sampai berjaya
Quote Perawankota 31-3-2023 12:13 AM
Paling benci orang main mercun bola ni.. kalau ada org sakit jantung, naya jer.. jgn lah buat pasal
Quote cranell 31-3-2023 01:08 AM
modal sardin xnk guna, nak gak guna mercun bola.

baik buat bom paip baru bagus kasi nyawa sekali hilang
Quote rogayahtop 31-3-2023 03:49 AM
Bila ada kesedaran masyarakat menyantuni binatang ni, bolehlah push gomen utk spend duit buit awareness kpd pemilik anjing supaya ambik lesen, murahkan kos kasi anjing. takdala masalah anjing liar ni sampai kena baling mercun hilang jari. Bukan anjing je, semua binatang liar dekat malaysia ni patutnya diprotect takdala anak lutong pun kena hangkut masuk dlm beg nak bela kat rumah, nampak burung hantu nak tangkap nak bg anak bela.

Anjing ni binatang yg ada dlm quran sebagai binatang yg setia, binatang yg digigit anjing buruan pun halal. Pelacur pun ada masuk syurga bagi anjing minum.  

Yg hina bukan anjing, tp melayu isle yg meracun, menembak binatang tak berdosa, spesis dok tercongok bawah tempurung takut anjing liar padahal anjing tu nampak dia dah lari berbatu2.
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:13 AM
kesian pulak tgk
Quote bakingsoda 31-3-2023 09:44 AM
adan uker niat jahat dibalas cashhh!
Quote Decaffeinated 31-3-2023 12:13 PM
Makbul doa anjing.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038860 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top