Tular video yang dimuat naik seorang wanita, Nurul Natasha yang merakamkan dirinya sedang 'menyiang' sayur di dalam kereta. Dalam video itu, kelihatan Nurul Natasha mematahkan kacang panjang dengan tangan sambil memandu.
Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Tasha menceritakan semula kisah di sebalik rakaman tular itu yang dimuat naik ketika berada di dalam kereta pada hari pertama puasa, Khamis lalu. “Masa tu saya tengah hadap ‘jam’ (kesesakan lalu lintas) nak balik ke rumah dari ofis dekat Bandar Puchong Jaya. “Sebelum balik rumah saya ada singgah kedai beli kacang panjang. Biasanya kalau tak sesak, lima minit pun dah sampai. Tapi disebabkan jam, perjalanan lima minit pun boleh jadi 30 minit. “Saya keluar dari pejabat pukul 5.15 petang, tapi bulan puasa pukul 6.55 petang saya masih belum sampai rumah,” ujarnya. Tasha yang kini menetap di Kajang, Selangor, berkata dia pada ketika itu memandu bersendirian.
Justeru, hajat wanita berusia 32 tahun ini untuk memasak sayur kacang panjang goreng dicampur telur dan ayam ‘terkubur’ apabila tiba di rumah hampir masuk waktu berbuka. “Masa tu tak fikir apa dah. Dalam kepala ni niat nak balik rumah saja masak terus. Lagipun hari pertama puasa kan. Niat nak masak macam-macam tapi terkandas dalam jam. Niat tinggal niat sajalah. “Padahal tengah hari tu saya tengok video viral dekat TikTok resipi sayur kacang panjang ni. Kacang panjang goreng dengan telur dan ayam. “Tapi masa lauk tengah masak dekat atas dapur azan pun dah berkumandang jadi tak sempat nak buka puasa elok-elok,” imbas Tasha yang bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat di Selangor. Cerita Tasha yang sudah memasuki tahun ketujuh berumah tangga, sebelum ini, juga pada bulan puasa dia pernah membuang perut ikan bilis tetapi ketika itu suaminya memandu di sebelah. Dalam pada itu, Tasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menitipkan pesan kepada orang ramai. “Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa amat terhad. 6.30 pagi dah keluar cari rezeki. 7 malam baru sampai rumah kemudian tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Bukan nak kata susah, cuma terkejar-kejar. Kalau ada masa terluang tu, memang kena guna sehabis mungkin. “Bulan puasa, jam makin teruk. Tambah pula awal puasa, ramai terkejar-kejar untuk berbuka bersama keluarga tercinta. Bersabar sajalah mampu. Dari segi urusan kerja dan rumahtangga di bulan puasa, tiada beza. Cuma kena pandai bahagi masa. “Jadi buat semua wanita especially yang bergelar ibu, tidak kira berkejaya atau suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Memang mustahil untuk jadi yang sempurna. Tapi sekurangnya, kita mencuba jadi yang terbaik,” ujarnya menutupi kisah. Perkongsian Tasha juga meraih perhatian netizen setelah mendapat lebih 400,000 tontonan di TikTok. Rata-ratanya terhibur dengan tindakan wanita ini yang dianggap mencuit hati. Sumber: mStar
|
SayaSayangMama replied at 30-3-2023 10:56 PM
perempuan macamni lah, zaman skrg perempuan buat semua benda. klu dulu konon kata perempaun hamba su ...
kucingitam replied at 31-3-2023 11:11 AM
aku husnudzon je dia drive tesla.. tgn takyah pegang stereng
SayaSayangMama replied at 30-3-2023 10:56 PM
perempuan macamni lah, zaman skrg perempuan buat semua benda. klu dulu konon kata perempaun hamba su ...
syamzana replied at 1-4-2023 10:15 PM
tahap tertinggi punya husnudzon
CatMiow replied at 30-3-2023 08:05 PM
Pegang handpon bukan ke dah melanggar peraturan jalan raya?
anony-mous replied at 2-4-2023 01:08 PM
Klau baca zmn nabi dlu, mcm prempuan duduk dlm rumah je. I bet zmn tu laki mesti kaw2 pulun tggung ...
ADVERTISEMENT