CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Niat Nak Turut 30kg Je, Wanita Turun Berat Sampai 52kg Supaya Teman Lelaki Menyesal

30-3-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13783| Komen: 59

'Balas dendam' seorang wanita yang dikecewakan bekas kekasih menarik perhatian warganet Indonesia.

Menerusi akaun TikTok @mionggggg10, dia berkongsi kisah inspirasi menurunkan berat badannya sebanyak 52 kilogram (kg) hanya kerana mahu membuatkan bekas teman lelakinya menyesal.


Lapor wolipop.detik.com, Mia Risalinda berjaya menurunkan berat badannya daripada 115kg kepada 63kg.

Dalam video dimuat naik di aplikasi itu, Mia memberitahu dia mahu membuktikan kepada bekas kekasihnya yang sering memperlekehkan keadaan fizikalnya, bahawa dirinya masih boleh bersinar.



“Niat mahu turunkan berat badan sehingga 30kg supaya bekas kekasih saya menyesal namun kini menyusut lebih 50kg, hasilnya daripada 115kg kepada 63kg,” katanya.

Dalam video itu, Mia memuat naik gambar dirinya memiliki berat badan berlebihan yang mencecah 115kg.

Katanya, selepas melalui pelbagai cabaran, dia berjaya mencapai berat badan yang ideal. 


Mia juga berkongsi rutin harian dalam mengamalkan diet penurunan berat badan.

“Selepas bangun dari tidur, saya selalu minum satu liter air dan jus lemon dicampur dengan biji chia.

“Bagi sarapan pula, saya makan oat dengan susu dan pisang. Biasanya, saya juga menggunakan biji chia dan buah-buahan lain untuk menjadikannya hidangan yang sihat,” katanya.            

Dalam satu lagi video, Mia mengakui disebabkan berat badannya berlebihan, dia sering berasa amat sukar untuk bergerak.




Malah, katanya, dia pernah alami detik hitam ketika di bangku sekolah kerana berat badan berlebihan.

“Dahulu, saya sering dibuli oleh rakan kerana mempunyai tubuh badan yang besar,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 30-3-2023 04:29 PM
Tahniah dik
Katakan tidak kpd gomok is ohsem
Quote bakingsoda 30-3-2023 04:43 PM
shu shelup shatu tak shukup rega yahudi pon makin slim kan, penangan kena tinggal jantan terus mencanak motibasi nak kurus
Quote mojarean_X 30-3-2023 04:46 PM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 04:29 PM
Tahniah dik
Katakan tidak kpd gomok is ohsem

Setuju chuols. Moh kita start campaign ni. Cc Dr Zaliha Mustafa
Quote batmana 30-3-2023 04:54 PM
pada sesiapa yg gagal nk diet cmni,

pi la camping , bwa mknan diet je, atau sehelai sepinggang, pura2 sesat dlm hutan seminggu, nanti turunla berat badan 20%.....
Quote plywood 30-3-2023 04:59 PM
batmana replied at 30-3-2023 04:54 PM
pada sesiapa yg gagal nk diet cmni,

pi la camping , bwa mknan diet je, atau sehelai sepinggang, pur ...





Quote nw111 30-3-2023 05:00 PM
Tak pernah jumpa indon muda2 obese...unless yg dh berumur lama duduk msia..
Quote edayildiz 30-3-2023 05:05 PM
hebatnya kamuuu
Quote jejaka_hensem 30-3-2023 05:10 PM
batmana replied at 30-3-2023 04:54 PM
pada sesiapa yg gagal nk diet cmni,

pi la camping , bwa mknan diet je, atau sehelai sepinggang, pur ...

Adakan kes camni?
Masuk hutan gemuk,keluar jadi kurus sbb sesat
Quote missbigrockstar 30-3-2023 05:22 PM
Tahniah dik. Sihat is ohsem
Quote noor2 30-3-2023 05:29 PM
Kan lawaaaaa bila kurus....
Quote jfq 30-3-2023 05:40 PM
jejaka_hensem replied at 30-3-2023 05:10 PM
Adakan kes camni?
Masuk hutan gemuk,keluar jadi kurus sbb sesat

Yg sesat turun gunung tahan tu
Quote epal_putih 30-3-2023 05:43 PM
Org gemuk bila dah kurus
Jd cantik sgt
Quote ninja boy 30-3-2023 05:43 PM
batmana replied at 30-3-2023 04:54 PM
pada sesiapa yg gagal nk diet cmni,

pi la camping , bwa mknan diet je, atau sehelai sepinggang, pur ...

Betul, pernah travel seminggu jalan sana sini lemak susut taw
Quote jejaka_hensem 30-3-2023 05:54 PM
jfq replied at 30-3-2023 05:40 PM
Yg sesat turun gunung tahan tu

Seminggu jugak kan dia sesat?
Terus nampak lain lepas jumpa tu
Quote clarizsa 30-3-2023 10:08 PM
Tapi hebat gakla masa berat 115kg tu pun ada kekasih kan
Jarang laki nak kat ppuan gemok2
Pastu lepas kurus ni cari laki lain ke cmna
Pastu kalau gemok balik jd cmna pulak
Quote limesherbet 30-3-2023 10:16 PM
nw111 replied at 30-3-2023 05:00 PM
Tak pernah jumpa indon muda2 obese...unless yg dh berumur lama duduk msia..

Yup. Bila gi sane baju2 size kecik2 dari size baju in malaysia. Utk org slim saje. Nampak sgt sbb org sana slim2. Mereka mkn jamu dari remaja. Sebab tu sampai ada cafe2 jamu mcm starbucks...tapi air jamu. Sini kalau bawak masuk business mcm tu xkan laku
Quote MsKathryn 30-3-2023 10:18 PM
Good job dik .. lawa dh
Quote sukacactus 30-3-2023 10:22 PM
Aku puji usaha dia sampai boleh turun berat byk
Kalau operate perut tu mcm pemalas sgt
Quote Jitu 30-3-2023 10:23 PM
tu la masa gundu tu nampak kepam sangat
tp biasanya klu tak jaga sekejap je nnt berat naik semula

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048416 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top