CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Kelantan Lagi, Peniaga 'Terpaksa' Jual Nasi Kepada Kaki Ponteng Puasa

30-3-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6852| Komen: 21

Seorang peniaga di Kampung Badak Mati, Pauh Lima, di Kota Bharu mengguna alasan 'terpaksa' menjual nasi kepada kaki ponteng puasa.

Wanita berusia 49 tahun itu berkata, dia yang berniaga lauk pauk di bulan puasa kerap diminta menjual nasi oleh penduduk sekitar yang tidak berpuasa.



PENGUAT KUASA MDK-PI memeriksa dapur kedai makan di Kampung Badak Mati, Pauh Lima, di sini yang menjual nasi bungkus kepada geng ponteng puasa. FOTO Siti Rohana Idris

Dia yang berniaga bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 20-an berkata, dia hanya berurusniaga dengan penduduk kampung dan orang yang sudah biasa dengannya saja bagi mengelakkan kegiatan itu terbongkar.

"Biasanya pembeli akan menghubungi saya terlebih dulu untuk memesan jumlah bungkusan nasi yang ingin bersama teh o ais.

"Nasi berlaukkan ayam pedas dan gulai bersama teh o ais itu akan disimpan dalam bekas sebelum seorang demi seorang datang mengambilnya.


"Untuk Ramadan memang saya memasak pelbagai lauk pauk untuk dijual di bazar dan sebab itulah mereka yang ponteng puasa meminta saya turut menjual nasi bungkus," katanya ketika ditemui di kedai makannya di sini, hari ini.

Wanita itu berkata, dia menyediakan sekitar 20 hingga 30 bungkus nasi berlauk setiap hari dengan harga RM4 sebungkus dan pelanggan tetapnya terdiri daripada penganggur dan buruh.

Peniaga itu antara pemilik premis makanan yang dikenakan kompaun oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) dalam Operasi Bersepadu Banteras Geng Ponteng Puasa di sekitar Ketereh di sini, hari ini.

Dia dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 membabitkan empat kesalahan iaitu kebersihan premis, kesihatan, aurat dan berniaga di waktu larangan.

Operasi itu turut membabitkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) dan beberapa lokasi yang mendapat aduan daripada orang ramai diperiksa antaranya Kampung Kubang Kiat, Salor, Aril, Peringat dan Pauh Lima.

Sementara itu, Setiausaha MDK-PI, Mohd Azman Ghazali berkata, operasi hari ini yang pertama dijalankan untuk Ramadan dan lokasi serbuan adalah berdasarkan aduan orang ramai.

"Serbuan dibuat di enam lokasi dan hasilnya, tujuh kompaun dikeluarkan di bawah UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 dan UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 30-3-2023 04:17 PM
menurut kata PN, geng ponteng di kelantan dtg dari pengundi PH + UMNO. geng PN semua berakhlak tinggi kerana mengekalkan kepimpinan tok guru....huhuuu
Quote sufi^_^ 30-3-2023 04:26 PM
Budak kecik pun reti puasa, malulah tua bangka bau tanah tak puasa.
Quote tripleid 30-3-2023 04:34 PM
Aikk..kata parti isle terpaling mulia seantero dunia,takkan la nak didik rakyat puasa pun failed??..dah 33 tahun kot jadi kjaan negeri??
Quote bakingsoda 30-3-2023 04:38 PM
pokokmeranti replied at 30-3-2023 04:17 PM
menurut kata PN, geng ponteng di kelantan dtg dari pengundi PH + UMNO. geng PN semua berakhlak tingg ...

pengundi ph + umno yg tah berapa kerat je tu sampai calon masing2 mapuh pozek bak kata walaun padahal yg aku personally kenal ada anak luar nikah tu walaun, bewak malas keje pon walaun, yg penah buang kucing kat aku pon walaun

Quote cikatilia 30-3-2023 04:50 PM
uikk fitnoh ni
xmungkin di negeri D
Quote jejaka_hensem 30-3-2023 05:05 PM
Ini cubaan menfitnah negeri dibawah pentadbiran Islam!
Mana mungkin perkara ini terjadi sedangkan seluruh negeri mempraktikkan cara hidup berlandaskan Islam selama 33 tahun?tak tercapai dek akal ya

Quote Kemaruk-Taikk 30-3-2023 06:32 PM
Taliban tersenyum sinis
Quote jas7512 30-3-2023 06:37 PM
Pukimak babi pas kelantan
Quote kerunai 30-3-2023 06:48 PM
wat malu umat isele kelate Pauh Lima je

Quote krustykrab 30-3-2023 06:50 PM
Penggangur eh..ada pulak duit tu nk makan sedangkn org lain berposa. Patutnya ko tu puasa je, maghrib pi surau berbuka free.
Quote mojarean_X 30-3-2023 06:52 PM
jas7512 replied at 30-3-2023 06:37 PM
Pukimak babi pas kelantan

X elok...blm buka puasa lg
Quote Kentot_Wangi 30-3-2023 11:14 PM
Ak klu "ABC" pn, macam org puasa jugak. Just minum air je. Itu pn, minum air masak je dlm bilik...
.
p/s : ABC = Allah bagi cuti.
Quote doridori_hi 30-3-2023 11:14 PM
Angkut acik ni sekali...
Quote LadyCarefree 31-3-2023 12:13 AM
serambi mekah
Quote Rogue98 31-3-2023 12:22 AM
Eikkk ...Pas pis pus tak ajar walaun walauntit rukun Islam ker? Ke asik ceramah politik 24 jam sampai Islam pun ntah ke mana. Tapi apa ada hal... walaun2 Pas tetap undi Pas walaupun hala tuju ke neraka dah...ye tak?
Quote plywood 31-3-2023 12:38 AM
siapa yang kerja buruh banyak guna tenaga memang susahlah puasa.. aku dulu tengok buruh memang puasa pada paginya tetapi masuk waktu makan tengah hari dia akan makan, tak boleh kerja nanti katanya...
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:21 AM
bagus kompaun acik tu
Quote sambaldurian 31-3-2023 09:37 AM
plywood: siapa yang kerja buruh banyak  ...

Aku pun nk ckp perkara yg sama. Karang klu alu ckp org kata liberal pulak. Bg aku klu org kerja berat , cm driver lori jarak jauh tu ke 'dimaafkan' klu x puasa. Pandai2 la byr fidyah ke, ganti time cuti ke. Klu memudaratkan sgt. Lgpun puasa ni ikutkan nk mengingatkan 'org yg senang' x semua mampu mkn sedap2. Tp skg ni konsep tu mcm hilang. dgn buffet ramadan la, beli mcm2 kt bazar la. Yg buruh tu kn dh mmg 'susah'. Tu pandangan peribadi , bkn menidakkan rukun. Klu buruh tu dpt puasa penuh mmg berlipat ganda la pahala dia.
Quote midori888 31-3-2023 09:42 AM
Kat KL nie elok jer meols tgk achik bertudung jual makanan di pagi hari bulan puasa....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.191606 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top