CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Berbuka Puasa Terbantut Nasi Kerabu Dibeli Di Bazar Dah Masam Dan Berlendir

30-3-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5164| Komen: 11

Terbantut hasrat tiga sekeluarga menikmati juadah berbuka puasa apabila nasi kerabu dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor sudah basi.

Situasi itu dialami sendiri, Rosnah (bukan nama sebenar), 49, dan suaminya, 47 serta anak perempuan mereka berusia 30 tahun.


Rosnah berkata, makanan kegemaran mereka sekeluarga itu dibeli anak perempuannya kira-kira jam 6.15 petang Rabu.


Sinar Harian

"Anak saya yang baru pulang dari kerja terus singgah ke bazar Ramadan dan membeli tiga bungkus nasi kerabu untuk juadah berbuka puasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut Rosnah, sejurus berbuka puasa, mereka sekeluarga terkejut apabila juadah itu bertukar rasa masam dan berlendir.

"Sebaik kami buka bungkusan nasi kerabu, kami rasa tak sedap hati kerana terhidu bau kurang menyenangkan.

"Setelah menjamah nasi ternyata ia sudah lembik, manakala kelapa pula basah dan berasa masam," ujarnya.


Jelas Rosnah, tiga nasi kerabu itu dibeli pada harga RM8 sebungkus dan itu pengalaman pertama mereka membeli di bazar Ramadan.

"Biasanya saya memasak di rumah, tetapi disebabkan sibuk mengemas rumah untuk berpindah, kami mengambil keputusan membeli di bazar Ramadan.

"Saya tidak sangka pula ia terjadi kepada kami dan berharap peniaga lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan dijual berkualiti dan tidak tercemar," ujar Rosnah.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerunai 30-3-2023 05:00 PM
nasi tak abih panas jual balik

ya Allah ..turunkanlah bala kpd semua peniaga zalim ni ya Allah
Quote ladybugz 30-3-2023 05:13 PM
i terkena dadih. my doter nk sgt dadih kat bazar i belikan. masuk ja dlm kereta, dia makan die terus cakap masam n berlendir2 cair mcm tu. terus pegi tukar lain mintak yg dalm ice box tu. elok ja. dia ckp yg semalam punya ka apa tah. geram rasanya penjual x bertanggung jawab mcm ni.
Quote Thunderclouds 30-3-2023 05:18 PM
Sedapnya ns kerabu.
Posa ni dh tapau ns kerabu 1x utk bbuka.
Lauk ayam/dging bakar ngn telor masin rm7.
Quote Firenzza 30-3-2023 07:50 PM
Dulu2 nasi kerabu RM5 siap daging bakar, telur masin,lada solok....skrg dh rm10 -12
Quote noor2 30-3-2023 07:54 PM
Situasi itu dialami sendiri, Rosnah (bukan nama sebenar), 49, dan suaminya, 47 serta anak perempuan mereka berusia 30 tahun...


Betul ke anaknyq umo 30 TT ooiii
Quote krustykrab 30-3-2023 07:57 PM
noor2 replied at 30-3-2023 07:54 PM
Situasi itu dialami sendiri, Rosnah (bukan nama sebenar), 49, dan suaminya, 47 serta anak perempuan  ...

Betoi la kot, sb anak dia dh keje.
Lahir anak masa belasan tahun.
Quote noor2 30-3-2023 08:27 PM
krustykrab replied at 30-3-2023 07:57 PM
Betoi la kot, sb anak dia dh keje.
Lahir anak masa belasan tahun.

Oh...kisahnya..ingatkan tersilap..

Peniaga bazar Ramadan ni x patut jual benda dah x elok..
Elok dibaling kemuka Peniaga tu
Quote clarizsa 30-3-2023 08:34 PM
Eeuuwww
Rugi duit org beli mknn basi cmtu
Quote orkid_amani 30-3-2023 10:36 PM
Tahun ni punya Bazar harga mmg melangit yaa..dgn cuaca pulak xmenentu kadang panas kadang hujan kadang ribut seram nk p beli makanan kat Bazar..tahun lepas rasanya xdak la sgt isu makanan basi mcm ni..tahun ni mmg xberani la nk p beli..ulang la masak nasi aym..nasi daging..nasi Arab..nasi tomato..roti John sampai xtau dah nak masak apa.. huhuu
Quote LadyCarefree 31-3-2023 12:20 AM
Tetaplah ramai pergi membeli....
Quote sayurmayur88 31-3-2023 10:15 AM
bazaar tahun ni paling tak best.
dengan jualan entah apa2 yg dijual. ada yg sedap , mahal pulak !
pastu jem giler !! teruk !!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.138948 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top