CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tak Maafkan Lori Buat Pusingan U, Lari Lepas Gilis Anak Dan Anak Saudara

30-3-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4333| Komen: 16

Seorang bapa terkilan dan tidak akan memaafkan pemandu lori yang cuai membuat pusingan U hingga meragut nyawa anak dan anak saudaranya.

Menurut Nor Kamar Hisham Omar, 48, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan yang anaknya, Mimi Nurwaheeda,19, dan Nur Nabila Rosdi, 19, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Kelawar di sini pada Rabu.



Sinar

"Saya cam baju yang mereka pakai dan motosikal. Saya mendapatkan Nabila yang awalnya saya ingatkan anak saya yang mengerang kesakitan.

"Tetapi ada minta saya lihat seorang lagi, saya pergi dan sampai dekat jasad memang itu anak saya tetapi dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River di sini pada Khamis.

Nor Kamar Hisham yang juga sukarelawan polis berharap pelaku kejadian itu segera ditahan untuk siasatan lanjut.


"Saya terkilan dia (pemandu lori) lari, kalau betul 'gentleman' buat laporan polis dan datang bersemuka dengan saya.

"Saya mahu tanya kenapa dia buat pusingan U di situ kerana kawasan gelap jadi ia berbahaya. Saya berharap dia segera ditahan dan saya tidak maafkan dia," katanya.

Tambahnya, sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu ada menyatakan hasrat untuk membeli baju raya di aplikasi membeli belah.

"Kami berborak di kedai makan dan saya tanya harga, dia beritahu RM80. Saya cakap tidak perlulah kerana mahal tetapi itulah, dia anak yang paling rapat, tidak sampai hati walaupun cakap begitu.

"Sebelum Mimi beredar, dua kali dia bersalam dengan saya. Kemudian memang saya mahu pindahkan jumlah wang itu ke akaunnya supaya dia beli baju pilihannya itu tetapi tak tercapai, tiba-tiba jadi begini," katanya.

Jenazah Allahyarham Mimi Nurwaheeda akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Bernam, Selangor manakala Allahyarham Nur Nabila pula di Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 1, Sungkai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis masih giat mengesan lori tangki yang terlibat dalam kejadian itu.

"Lori terbabit membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak. Pemandu lori berkenaan tidak berhentikan kenderaannya dan meneruskan perjalanan ke arah selatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Inspektor Mazlan di talian 017-7433831 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 30-3-2023 04:58 PM
takziah pda famili mangsa
Quote BawangCaramel 30-3-2023 07:08 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun
Quote dudaberhias 30-3-2023 07:49 PM
innalilah... mesti terkilan hati ayah dia pasal baju tu... akhirnya dia nak belikan juga... tengok2 dah terlambat sebab anak dah takde...

bahaya betul ikut lori, dah la banyak blindspot...
Quote Kentot_Wangi 30-3-2023 11:16 PM
Salam takziah buat pakcik sekeluarga. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan bersama dengan orang2 yg beriman. Aamiin.
Quote syamzana 30-3-2023 11:28 PM
salam takziah...
semoga keluarga tabah
baru je awal ramadhan aritu bdk pompuan kene gilis dgn lori, ni ada lg jadi. yg ni lagi h*n*t lari terus. hrp cepat2 ditangkap dasar $[©}¶™%✓ punya drebar
Quote kepompong 30-3-2023 11:35 PM
sedihnya… aduhai… kesian yg sepupu tu … nasib baik dia ada anak lain
Quote Suchi 31-3-2023 06:16 AM
Takziah buat keluarga, pasti bapanya merasa ralat ikutkn baju raya rm80 harga rahmah tu sbb rata2 baju raya skrg harga paling rendah pun 139, lelain semua rega 200 dan ke atas.
Quote cap_ayam 31-3-2023 06:27 AM
Takziah buat abang ni..
Quote JIGON 31-3-2023 06:57 AM
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un, wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun, allahummaktubhu ‘indaka fiil muhsinin, waj’al kitaabahu fii ‘illiyyiin, wakhlufhu fii ahlihi fil ghaabirin, wa laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.

Salam Takziah
Quote sangbara2020 31-3-2023 08:24 AM
sbb tu laki aku membebel mcm mak nenek kalau ikut lori ...dorg bkn npk kita...
lain la klu kita duk ter hon hon mcm org gila bru dia notice kita kot
Quote s@s@ 31-3-2023 08:33 AM
innalillah..... salam takziah.

maybe driver lori lari selamatkan diri dulu, baru buat report kt tempat lain.
takut kena pukul mcm sebelum ni
Quote ctaz 31-3-2023 09:21 AM

Innalillahhiwainnailaihirojiun
Quote ifanonline 31-3-2023 09:32 AM
punca kemalangan di malaysia ni adalah dari kenderaan berat dan motosikal...

dua kumpulan ni paling tidak berdisiplin di atas jalanraya
Quote stingeramadhan 31-3-2023 09:37 AM
ifanonline replied at 31-3-2023 09:32 AM
punca kemalangan di malaysia ni adalah dari kenderaan berat dan motosikal...

dua kumpulan ni paling ...

Undang undang keselamatan diatas jalanraya yg sedia ada not forceful enough?
Quote ifanonline 31-3-2023 10:17 AM
stingeramadhan replied at 31-3-2023 09:37 AM
Undang undang keselamatan diatas jalanraya yg sedia ada not forceful enough?

yup, not forceful enough
Quote Decaffeinated 31-3-2023 11:03 AM
Budak2 pompuan bawa motor. Enough said.

Takziah untuk keluarga.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top