CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Mula Cuti Raya Aidilfitri 19 April

30-3-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3203| Komen: 13

Pemerintahan Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.

Umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.



Dianggarkan sebanyak 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Gambar fail BERNAMA

Perubahan itu dibuat kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut mudik lebaran.

Dianggarkan sebanyak 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Balik kampung atau mudik lebaran merupakan hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.


Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 30-3-2023 03:40 PM
Sepatutnya di malaysia pon buat tarikh cuti fixed macam ni.. buatlah cuti awal sehari dari jangkaan hari raya

Bukannya macam kebodohan tahun lepas kelam kabut raya awal sehari

Buatlah cuti umum raya 3 atau 4 hari.. kalau bangsa lain komplen, bagilah mereka cuti thaipusam, cuti hari hantu lapar atau apa2 hari kebesaran mereka sebagai ganti.. inikan negara madani
Quote juboqhang 9-4-2023 11:58 PM
Mmmmmm.. mudik!
Quote hyie 10-4-2023 01:09 AM
diorang tu rakyat 200 juta nyah oii, praktikal lah jugak dibuat cuti awal gitu supaya tak berlaku macet yang dah sedia macet. Kat mesia 30jota je nyah.
Quote Simunggu 10-4-2023 08:46 AM
Malaysia cuti 21/4 lah
Quote lurve82 10-4-2023 09:47 AM

mana ade 21/4 cuti...ada announce ke?
Quote Skuau 10-4-2023 10:12 AM
kemaruk replied at 30-3-2023 03:40 PM
Sepatutnya di malaysia pon buat tarikh cuti fixed macam ni.. buatlah cuti awal sehari dari jangkaan  ...

mana boleh ini macam..sapa mau kelija...lu mau cuti...tak payah mari lagi la...wa apa takot...manggala,indon ada maa...gomen pung kasi....-apek kapitalis...
Quote Simunggu 10-4-2023 10:31 AM
lurve82 replied at 10-4-2023 09:47 AM
mana ade 21/4 cuti...ada announce ke?

malaysia 21/4 atau 22/4....saya announce..Kapla..
Quote _blackbird 10-4-2023 10:43 AM
teringat forumer yg asik dok merempan indon raya awal indon raya awal walaupon dah explain byk kali. celah mana estimate national date indon raya awal.. yg indon raya awal tu certain mazhab je sebab dia ikut mekah punya waktu
Quote mizruncing 10-4-2023 11:28 AM
bab cuti semua nk ikut indon. ehh lantak la raya awal pn. yg kalut sgt kenapa. dh Allah bg awal terima jelah. sebok nya ngan kuih raya, menu raya memasing
Quote Skuau 10-4-2023 12:07 PM
mizruncing replied at 10-4-2023 11:28 AM
bab cuti semua nk ikut indon. ehh lantak la raya awal pn. yg kalut sgt kenapa. dh Allah bg awal teri ...

bkn raya jer...perangai pung serupa indon...eh lupa pulok..udah drng memang keturunan indon..apa nk heran...
Quote mizruncing 10-4-2023 04:18 PM
Skuau replied at 10-4-2023 12:07 PM
bkn raya jer...perangai pung serupa indon...eh lupa pulok..udah drng memang keturunan indon..apa n ...

kahkah ini lawokkkk
Quote juboqhang 13-4-2023 09:07 PM
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 10:47 PM
      

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.200061 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top