CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penganjur Bawa Lari Duit Show- Kumpulan Sweet Child Ditipu, Hanya Bawa Balik RM20 Seorang

30-3-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2425| Komen: 1

Kejayaan dikecapi Sweet Child datang dengan 1,001 cabaran yang ada di antaranya cukup sukar ditelan demi menghiburkan peminat.

Vokalisnya Acong atau Ahmad Fauzi Manat, 50, berkata, kejadian mereka ditipu penganjur bukan perkara baharu. dalam rencah karier mereka namun kerana minat terhadap dunia nyanyian membuatkan mereka tidak pernah serik meskipun diperalat pihak tidak bertanggungjawab.


Paling diingati kata Acong apabila mereka ditipu sehingga terpaksa menanggung hutang ketika mengadakan persembahan di sebuah funfair sekitar 20 tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Foto: IG

Acong berkata, bayaran diberikan penganjur tidak seperti dijanjikan menyebabkan kelima-lima anggota Sweet Child pulang dengan pendapatan RM20 seorang.

"Banyak kenangan pahit zaman, paling saya ingati adalah ketika kami buaat persembahan di funfair, dapat bayaran tapi tak cukup nak bayar sewa van sampai terpaksa guna duit sendiri.


"Masa itu sewa van sehari RM60, kalau pergi jauh ke Port Dickson memang selepas persembahan kami terus balik sebab kalau bermalam kos menyewa kenderaan jadi RM120.

"Bayaran ada dapat tapi bila dibahagi dengan limat anggota, dapatlah kami seorang RM20. Ada juga kami pergi persembahan sampai terpaksa hutang dengan penganjur," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, imbau Acong berkata, penganjur juga pernah melarikan diri membawa wang kutipan persembahan yang sepatutnya menjadi milik mereka.

"Itu belum penganjur lari, kita tengah menyanyi dia lambai-lambai dari bawah pentas sampai hujung-hujung hilang. Bila dah habis nyanyi nak minta bayaran cari budak itu dah tak jumpa dah.

"Telefon tak angkat, rupanya nyanyi masa lambai-lambai itu dia nak larikan diri. Macam-macam sebenarnya," ujarnya.

Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan pada ketika itu namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjadi seorang penghibur yang terus diingati peminat..

Malah Acong juga memberitahu sehingga kini dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap individu tersebut.

"Saya pun dah tak tahu dekat mana dia orang, saya dah tak berjumpa dengan dia walaupun dah lama dalam industri ini," kongsinya.

Untuk rekod, kumpul Sweet Child yang terdiri daripada Ijan (pemain gitar bass), Pat (pemain dram) dan Yem (pemain papan nada) masih lagi aktif sehingga hari ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-3-2023 04:16 PM
Penganjur yg bawak lari duit tu mungkin dah kene strok kot makan duit haram

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.149908 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top