CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muntah Dan Sawan, Suami Alami Kecederaan Otak Ketika Buat Seks Dengan Isteri

30-3-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5205| Komen: 26

Seorang lelaki nyaris mati apabila aneurisma otaknya pecah ketika dia mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Mangsa, 42 tahun tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas muntah dan rebah bersebelahan isterinya.


Lelaki dari Surabaya, Jawa Timur di Indonesia itu turut mengalami sawan seluruh badan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Doktor yang merawatnya turut berkongsi kisah tersebut menerusi jurnal perubatan, mendedahkan mangsa mengalami aneurisme iaitu bonjolan pada dinding saluran darah di otak.


Foto: Freepik

Semasa hubungan seks, aneurisme pecah dan menyebabkan acute subdural hematoma (aSDH) — kecederaan otak teruk yang menyebabkan darah berkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak.

Doktor tidak menjelaskan punca yang menyebabkan aneurismanya tiba-tiba pecah.

Tetapi senaman berat yang menyebabkan sesak nafas dan peningkatan kadar denyutan jantung sering menjadi pencetus.


Kajian telah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada mereka yang mengalami aSDH akan selamat.

Tetapi separuh daripada mereka yang masih hidup mengalami kerosakan otak dan kecacatan yang teruk.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh kecederaan kepala.

Tetapi dalam lapan peratus kes, pesakit mengalami aSDH akibat pecah aneurisme, menurut doktor.

Menulis dalam Laporan Kes Radiologi, pakar perubatan di Hospital Besar Dr Soetomo berkata lelaki itu sebelum ini tidak mengalami sebarang sakit kepala dan tidak mempunyai sejarah trauma.

Dia juga tidak pernah mengambil ubat antikoagulan, antiplatelet atau disfungsi erektil, yang boleh meningkatkan risiko mengalami aneurisme.

Tarikh kejadian tidak didedahkan dalam laporan kes. - CARI

Sumber: mStar/ Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 30-3-2023 03:00 PM
biar betik yg terbaring tu umo 42
Quote plywood 30-3-2023 03:03 PM
selipar_hijau replied at 30-3-2023 03:00 PM
biar betik yg terbaring tu umo 42

gambar hiasan

Quote green~tea 30-3-2023 03:18 PM
selipar_hijau replied at 30-3-2023 03:00 PM
biar betik yg terbaring tu umo 42

Aku belek jugak tadi... mangsa org jawa, umo 42... tapi gambo.....
Quote ally9970 30-3-2023 03:50 PM
Over excited kot...
Quote pokokmeranti 30-3-2023 04:19 PM
terlebih ubat kuat je sllu kes pelik2 begini.
Quote salimrock 30-3-2023 05:24 PM
indon , barangkali  ambil  pil kuatkan sex + narkoba...

Quote mojarean_X 30-3-2023 05:25 PM
Darah tinggi ni
Quote ilacantik 30-3-2023 09:18 PM
Dah macam citer American horror story part3. Main2, sampai kojol kawan tu.
Quote clarizsa 30-3-2023 09:24 PM
Seramnya
lepas baca berita ni i decide utk berenti buat sex
Quote jazaa100 30-3-2023 09:28 PM
Ntah ubat kuat apa lah yg dia cekik....

Dah tak kuat tu, redha je lah.....ni sibuk cari tongkat ali, power root, gempa bumi....kan dah mendapat.....

Quote Tinot7 30-3-2023 09:36 PM
Cian.. baru umo 42..
Quote bitterchoc 30-3-2023 11:41 PM
clarizsa replied at 30-3-2023 08:24 AM
Seramnya
lepas baca berita ni i decide utk berenti buat sex




aiols pun lah.
Quote grouper 31-3-2023 12:20 AM
Patut la org bujang panjang umur
Quote anony-mous 31-3-2023 02:26 AM
pokokmeranti replied at 30-3-2023 04:19 PM
terlebih ubat kuat je sllu kes pelik2 begini.

Baru nk tanya. Sbb kerap sgt jd dkt indon kes mcm ni. Mesti ada ambil something sblm tu yg buatkan tekanan darah naik
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:19 AM
ah sudah terlebih sgt ke tu
Quote pokokmeranti 31-3-2023 07:12 AM
anony-mous replied at 31-3-2023 02:26 AM
Baru nk tanya. Sbb kerap sgt jd dkt indon kes mcm ni. Mesti ada ambil something sblm tu yg buatkan ...

bersepah ubat kuat dijual di malaysia nie, ada sebahagian dibawa masuk dari Indonesia. malaysia nie setakat tongkat ali dan kacip fatimah bagi produk berasaskan tradisional. dari indonesia pelbagai campuran
Quote pengecatbintang 31-3-2023 07:13 AM
akibat beksin?
Quote Decaffeinated 31-3-2023 07:57 AM

caption cuma tulis freepik

Quote Decaffeinated 31-3-2023 08:00 AM
clarizsa replied at 30-3-2023 09:24 PM
Seramnya
lepas baca berita ni i decide utk berenti buat sex

quitting one of life's greatest pleasure for a one in a million risk? ka you ada sebab lain?



Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069980 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top