CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambat Pergi Kerja Sebab Uber, Pelayan Restoran Menangis Dapat Kereta Sebagai Tip Daripada MrBeast

30-3-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3149| Komen: 1

Pesohor YouTube Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai MrBeast menghadiahkan sebuah kereta kepada seorang pelayan restoran sebagai tip.

New York Post melaporkan, MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, 24, memuat naik sebuah klip video yang memaparkan pertanyaannya kepada seorang pelayan bernama Amy mengenai tip paling banyak pernah diterimanya.




“Lebih kurang AS$50 (RM220),” jawab Amy.

“Adakah seseorang pernah memberi tip kereta?” tanya Donaldson sambil menghulur kunci kereta Toyota sedan berwarna hitam kepada Amy.

Kereta tersebut mempunyai cetakan logo coklat jenama Feastables yang diusahakan oleh Donaldson. Logo saluran YouTube Mr.Beast juga dicetak pada bonet kereta itu.

“Saya benar-benar lewat untuk bekerja hari ini kerana Uber tiba lambat. Saya sangat terkejut sekarang. Saya juga tidak tahu memandu,” kata Amy.



Kandungan video seperti itu bukan perkara baharu buat Donaldson yang dilaporkan menghadiahkan wang tunai berjumlah kira-kira AS$3.2 juta (RM14.1 juta) tahun lepas, lapor laman berita Insider.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Beruntung dia mendapat kereta tetapi saya berpendapat, saya enggan memandu kereta mempunyai logo Feastables,” komen seorang netizen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 30-3-2023 02:44 PM
content semata mungkin

tutup camera, bagi 20 hengget, amik kunci, balik singgah stabak

kalau kete sewa, pulang balik lepas ronda bulatan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049285 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top