CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh China Mengintip Guna TikTok, AS Pun Berdepan Tuduhan Sama Guna Google, Meta Dan Apple

30-3-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2958| Komen: 3

Amerika Syarikat (AS) yang menuduh China menggunakan aplikasi TikTok untuk mengintip rakyatnya, turut berdepan tuduhan menggunakan aplikasi di pentas Google, Meta dan Apple untuk tujuan sama.

Al Jazeera melaporkan, ketika AS mempertimbangkan pengharaman aplikasi TikTok yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyatnya itu, Kongres undang turut mempertimbangkan kuasa memaksa firma seperti Google, Meta dan Apple untuk memudahkan pengintipan tanpa halangan terhadap warga bukan AS di luar negara.



Seksyen 702 Akta Pengawasan Perisikan Asing (FISA) yang bakal diluluskan dan dijangka memberi kebenaran menjelang Disember ini bagi membenarkan agensi perisikan AS menjalankan pengintipan tanpa waran ke atas e-mel, telefon dan talian komunikasi orang asing.

Walaupun rakyat AS mempunyai beberapa perlindungan terhadap carian tanpa waran di bawah Pindaan Keempat Perlembagaan AS, kerajaan AS menegaskan bahawa hak itu tidak diberikan kepada warga asing di luar negara.


Pada hakikatnya, undang-undang itu memberi Agensi Keselamatan Negara (NSA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) kebebasan untuk mengintip dan menyerahkan maklumat kepada sekutu AS seperti United Kingdom (UK) dan Australia.

Walaupun perkara biasa bagi kerajaan untuk mengintip di luar negara, Washington menikmati kelebihan tidak dikongsi dengan negara lain iaitu bidang kuasa mutlak ke atas syarikat internet moden seperti Google, Meta, Amazon dan Microsoft.

TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance, menjadi isu apabila ia didakwa berupaya mengintip dan mengakses data pengguna di AS.

Dengan pendedahan terbaru ini, AS dilihat sebagai tidak ikhlas dalam niatnya mahu melindungi rakyat, sebaliknya ia hanya usaha untuk memastikan semua saluran media sosial di negara itu kekal di bawah kawalan kerajaan.

Berdasarkan laporan terkini mengenai menguatkuasakan kembali Seksyen 702, The New York Times melaporkan, kerahsiaan peribadi individu bukan warga AS ada sesuatu yang tidak diberi keutamaan.

Data terkini yang hanya diperoleh setakat 2021, menunjukkan AS menyasarkan 232,432 individu 'bukan warga AS' untuk pemantauan, berdasarkan data kerajaan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 30-3-2023 03:56 PM
Org lain tak boleh buat, dia jer yg boleh..
Quote Drmu 30-3-2023 04:54 PM
Sblum2 ni pun russia banned produk apple dlm parlimen sbb ktanya blh intip/curi datadata..dh nme teknologi bnde cmni mmg ada risiko curi data bagai
Quote azurro 31-3-2023 08:21 AM
Edited by azurro at 31-3-2023 08:28 AM

Wiki, whatapp,google,fb dll kan sememangnya cina tak benarkan di negaranya awal² lg masa penubuhan syarikat dah sekat, tak rasa nk tnya cina kenapa diaorang sekat?? cuma apple ja ada kat cina. Cuba amerika sekat cip 4nm snapdrgon atau mediatek ,yg oppo,vivo,nothing,xiaomi,honor,realme,oneplus dll yg ada kat tngn rakyat cina guna skrg ni, siap 5G lg, jawabnya yang tinggal hnya line 5G saja smartphone takde 5G, tgk huawei dh le, cuma bg 4G, tu pun bg jugak, kalau tak bgi??? brapa ratus juta rakyat cina guna 5G, nak ke cina guna 4G 14nm milik mereka tu? Berundur 15 tahun kebelakang. Guna sekejap ja hang terus... [em:4:]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029132 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top