CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kesurupan Tetak Bekas Kekasih Sampai Mati Sebab Enggan ‘Rujuk’

30-3-2023 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3088| Komen: 1

Wanita maut ditetak kejam oleh bekas teman lelaki kerana menolak pujukan untuk berbaik semula.

Lapor laman berita Thaiger, dalam kejadian berlaku di wilayah Trat, timur Thailand itu, mangsa dilaporkan melompat keluar dari tingkap di aras dua kediamannya dan berlari ke dalam sebuah restoran, lokasi di mana dia bekerja ketika cuba menyelamatkan diri.


Suspek yang dikenali sebagai James, kemudian mengejar mangsa ke dalam restoran tersebut sebelum mengambil pisau dapur dan menetak wanita tersebut berulang kali sehingga mati.


Khaosod

Balai Polis Mueang Trat dimaklumkan mengenai pembunuhan yang berlaku di mukim Nong Samet pada pukul 6 pagi (waktu tempatan), semalam. Polis menemui mayat Chonthikan, 20, dalam keadaan berlumuran darah di restoran itu. 

Selain itu, seorang pelayan restoran, Srisamphan, 26, ditetak di bahagian kepalanya manakala seorang lagi pekerja, Wanthanee, 48, dikelar di leher. Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Trat. 


Seorang pekerja, Kanphak berkata, dia bekerja di restoran itu pada pukul 5.45 pagi (waktu tempatan) apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat Chantikorn berlari masuk ke dalam premis berkenaan.

“Suspek mengejar mangsa, menarik rambutnya dan memukulnya,” kata Kanphak. Lelaki itu kemudian berlari ke dapur dan mengambil pisau pemotong.

Dia turut mengelar leher Wanthanee kerana cuba menghalangnya dan menetak Srisamphan di kepala sebelum berkali-kali menyerang bekas teman wanitanya lalu melarikan diri.

Selepas pembunuhan itu, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) merakam James melarikan diri dengan melompat ke dalam Terusan Bang Phra. Polis kemudian mendapati dia bersembunyi di dalam hutan kira-kira 40 meter dari Jambatan Bang Phra.

Polis menahan James pada pukul 8.15 pagi (waktu tempatan) tetapi dia dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Trat kerana mengalami kecederaan sebelum disoal siasat.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 30-3-2023 02:00 PM
Suke ati dia je tetak ank dara org

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.030978 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top