CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Perempuan Maut Digilis, Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

30-3-2023 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3188| Komen: 1

Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit merempuh sebuah lori sedang membuat pusingan U di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, malam tadi.


Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal yang dikenali Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.


KEADAAN motosikal dinaiki oleh dua remaja perempuan yang terbabit dalam kemalangan maut di KM 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, Tanjung Malim, malam tadi. FOTO Ihsan PDRM.

Pembonceng motosikal dikenali Nur Nabila, 19, beralamat Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit jam 11.18 malam tadi.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.


"Tiba di tempat kejadian, disyaki sebuah lori membuat pusingan U menyebabkan motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa terbabit tidak dapat mengelak dan melanggar lori berkenaan.

"Akibatnya, penunggang motosikal yang beralamat di Hulu Bernam, Selangor digilis oleh lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, pembonceng motosikal yang beralamat Subang Jaya, Selangor pula meninggal dunia di Hospital Slim River.

Katanya lagi, polis sedang membuat siasatan lanjut bagi mengesan pemandu lori terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 30-3-2023 12:39 PM
Ya Allah..ngeri nya
Salam takziah buat ahli keluarganya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.037182 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top