CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Dah Keluar Rumah Sejak Enam Bulan Lepas," Isteri Tan Sri Musa Hassan Failkan Penceraian

30-3-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8662| Komen: 71

SHAH ALAM – Kemelut rumahtangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sampai kemuncak apabila isterinya memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, memfailkan tuntutan tersebut setelah mendapati tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.


Katanya, Musa juga telah keluar dari rumah sejak enam bulan lalu.

Foto: Kosmo

“Saya failkan sebab sudah tidak tahan. Saya pun kenal Tan Sri (Musa) yang akan ambil macam-macam tindakan pada saya.Jadi, saya tidak boleh lagi begini.

“Selepas tuntutan cerai ini, saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah anak lelaki tunggal saya berusia 8 tahun.

“Jadi, saya berharap agar proses penceraian ini berjalan lancar untuk kebaikan kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui di lobi mahkamah syariah selepas memfailkan permohonan cerai itu.



Loading FB Post...

Elly Afizahwati yang juga bekas ahli perniagaan itu memaklumkan dia mengambil pendirian untuk berdiam diri dan tidak membuat apa-apa komentar balas terhadap insiden yang berlaku termasuk kenyataan media oleh Musa.

Selain itu, tindakan berdiam diri juga disebabkan adanya rundingan penyelesaian sedang dijalankan antara kedua-dua peguam syarie mereka dalam usaha menyelesaikan kemelut rumahtangga dan hak-hak selepas penceraian.

Antara cadangan kedua-dua mereka adalah berhubung jagaan anak, nafkah, penyelesaian harta penceraian dan mutaah.

“Saya terima cadangan penyelesaian daripada peguam Musa pada 27 Februari lalu sebelum mengarahkan peguam syarie saya, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud membalas cadangan itu pada 3 Mac lalu. Namun, sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Musa sebelum ini termasuk ciri-ciri isteri derhaka, Elly Afizahwati menegaskan apa yang dikatakan suaminya itu adalah tidak betul sama sekali.

“Dia sebagai lelaki, dia sepatutnya menunjukkan sifat dan tauladan yang baik kepada anak dan isteri. Dia kena perbetulkan diri dia dulu,” tegasnya.

Sebutan semula prosiding permohonan penceraian itu ditetapkan pada 11 Mei depan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 30-3-2023 11:25 AM
Oh mai berderet hari2 kisah cerai
Apa anak jadi 2023 nih
Risau plak

Btw aritu ada org share video tiktok dia nih main api taktau la betul ke tidak sbb tak penah tgk muka dia.
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 11:27 AM
Now umur dia 42..maksudnya dia kawen dgn TS ms 32thn...mak oiii tergamaknya la...padahal umur awal 30s tu ramai je lelaki bujang yg sebaya lebih kurang
X geli ke dgn org tua?
Quote nw111 30-3-2023 11:31 AM
Lawa orangnya..tapi tak jugak menjamin bahagia..
Quote midori888 30-3-2023 11:31 AM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 11:27 AM
Now umur dia 42..maksudnya dia kawen dgn TS ms 32thn...mak oiii tergamaknya la...padahal umur awal 3 ...

TS Musa umur brapa sekrg?
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 11:34 AM
midori888 replied at 30-3-2023 11:31 AM
TS Musa umur brapa sekrg?

Tgk kt wiki,71 thn
Quote midori888 30-3-2023 11:36 AM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 11:34 AM
Tgk kt wiki,71 thn

Jauhnyer beza 29 tahun, dah berbeza zaman membesar. Kalu 10-12 tahun ok lagi....
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 11:40 AM
midori888 replied at 30-3-2023 11:36 AM
Jauhnyer beza 29 tahun, dah berbeza zaman membesar. Kalu 10-12 tahun ok lagi....

Tu la..zmn membesar pun dah berbeza zaman
Nk borak mende kan kalo ada generation gap mcm ni...mcm bapak dan anak je
Quote B40tastePosh 30-3-2023 11:41 AM
Edited by B40tastePosh at 30-3-2023 11:43 AM

Perempuan kalau tinggi suara camtu jangan simpan....buang je...siap sebut saham2 suami dalam Bursa Malaysia nak tuntut.

Tan Sri sebut aku pun boleh tuntut harta sepencarian aku....terus meroyan perempuan jahat ni.

Tan Sri lagi tahu undang² dari perempuan jahat ni...ada hati nak lawan Tan Sri.
Quote midori888 30-3-2023 11:57 AM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 11:40 AM
Tu la..zmn membesar pun dah berbeza zaman
Nk borak mende kan kalo ada generation gap mcm ni...mcm  ...


Kannnn....mcm bapa dgn anak jer...kalu cerai title puan Sri dah tak bole pakai ke?

TS Musa pun kot Iyer nak kawen lagi satu, cari lah yg beza umur tak byk sgt, nie smp dkt 30 tahun. Elok awak bole tenang2 diumur 70an, dah kena support anak pulak. Sib baik jugak anak sorang jer.
Quote white_musk 30-3-2023 11:57 AM
Bila masa dia tinggikan suara itu akak dengar nanes2 saja
Quote chandrahusin 30-3-2023 12:01 PM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 11:27 AM
Now umur dia 42..maksudnya dia kawen dgn TS ms 32thn...mak oiii tergamaknya la...padahal umur awal 3 ...

Kawin dh 10 tahun
Arwah wife yg meninggal baru je lagi kan
Makna mmg 2nd wife
Igt Tan Sri kaya raya
Boleh senang lenang kot
Quote nb_17 30-3-2023 12:04 PM
midori888 replied at 30-3-2023 11:57 AM
Kannnn....mcm bapa dgn anak jer...kalu cerai title puan Sri dah tak bole pakai ke?

TS Musa pun k ...

Ni 2nd wife ke...
update:sorry dah bc komen..2nd wife n 1st wife dah meninggal...betul kee
Quote becir 30-3-2023 12:07 PM
Gaya bercakap, benda yg dicakap dlm video mmg match her physical wise.

Quote juruterra 30-3-2023 12:08 PM
midori888 replied at 30-3-2023 11:36 AM
Jauhnyer beza 29 tahun, dah berbeza zaman membesar. Kalu 10-12 tahun ok lagi....

umur tan sri 29, bininya baru lahir.
OMG
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 12:13 PM
B40tastePosh replied at 30-3-2023 11:41 AM
Perempuan kalau tinggi suara camtu jangan simpan....buang je...siap sebut saham2 suami dalam Bursa M ...

"kau dapat saham dr cina tu kan'"
Aku husnozan mengatakan mungkin saham akhirat utk tan sri
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 12:14 PM
chandrahusin replied at 30-3-2023 12:01 PM
Kawin dh 10 tahun
Arwah wife yg meninggal baru je lagi kan
Makna mmg 2nd wife

Ingat bleh le goyang kaki..skali tgk umah dlm video tu mcm umah sewa bujang jah
Lawa lg umah andartu2 dan antertu2 siap dgn perabot, hiasan dalaman, deko bagai
Quote prettyuglybabe 30-3-2023 12:16 PM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 11:27 AM
Now umur dia 42..maksudnya dia kawen dgn TS ms 32thn...mak oiii tergamaknya la...padahal umur awal 3 ...

duit dia tak geli
Quote B40tastePosh 30-3-2023 12:16 PM
cmf_premierleag replied at 30-3-2023 12:13 PM
"kau dapat saham dr cina tu kan'"
Aku husnozan mengatakan mungkin saham akhirat utk tan sri

Saham dalam bursa la tu...tak tahu la pasal apa kan...penghargaan ke apa..rasuah ke apa.

Kan lepas tu Tan Sri kata, kau nak tuntut harta sepencaraian, aku pun boleh tuntut harta sepencarian....lepas tu terus meroyan perempuan tu.
Quote cmf_premierleag 30-3-2023 12:16 PM
midori888 replied at 30-3-2023 11:57 AM
Kannnn....mcm bapa dgn anak jer...kalu cerai title puan Sri dah tak bole pakai ke?

TS Musa pun k ...

Khueen..aku yg kawen lambat ni pun lg pilih childless....x kuasa la nk layan budak2 bila umur dh meningkat ni
Kang kita dh tua,kene lak layan masalah budak2 ni mcm curi spender kt hostel la,bertumbuk kt skolah sbb rebut awek la
Eh kowserr lah nk layan bende2 remeh sume tu
Kita nk hidup tenang2 je

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.234823 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top