CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Senang-Senang Je Kutip RM500 Sehari Di Bazar Ramadan, Siap Tidur Hotel

30-3-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2204| Komen: 2

Melaka: Hanya 'menjual' nama sekolah agama, sindiket yang menjalankan aktiviti mengemis di bazar Ramadan sekitar negeri ini dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari.

Ia terbongkar menerusi Op Pengemis yang dijalankan secara bersepadu oleh pasukan Polis Kontinjen Melaka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Sindiket ini didakwa menyamar sebagai wakil yang membuatkan kutipan kononnya untuk pembinaan sebuah sekolah agama di selatan Thailand.

Foto: PDRM

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, operasi itu dijalankan susulan menerima maklumat awam dan juga tular mengenai aktiviti mengemis membabitkan warga asing bukan sahaja di bazar Ramadan, tetapi juga pusat beli-belah dan pasar raya di sekitar Melaka.

Beliau berkata, sejak operasi itu bermula pada Selasa (28 Mac) sehingga 7.30 malam semalam, seramai tiga lelaki warga Thailand dan seorang warga tempatan berusia antara 33 hingga 46 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengemis.


"Hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki tempatan berusia 35 tahun itu adalah dalang utama yang didakwa bertanggungjawab membawa warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaannya sendiri untuk tujuan mengemis.

"Dia turut didakwa bertanggungjawab menguruskan tempat tinggal kesemua pengemis ini di sebuah hotel di Jalan Tun Perak," katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan juga mendapati sindiket ini mampu memperolehi kutipan sehingga RM500 sehari.

"Mereka ini dikatakan menyasarkan tapak bazar di sekitar Melaka sebagai lokasi utama mereka melakukan aktiviti mengemis ini dan mampu memperoleh kutipan antara RM400 hingga RM500 sehari.

"Mereka mendakwa kononnya kutipan itu untuk pembinaan sekolah agama, namun ia dilakukan tanpa mendapat kebenaran," katanya.

Zainol berkata, selain tangkapan turut dirampas sejumlah wang tunai berjumlah RM736 dan dokumen digunakan bagi tujuan memperdayakan orang ramai.

"Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 30-3-2023 10:53 AM
TT kalah dua minit.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1


Boleh cuba lagi!
Quote KamikuP 30-3-2023 11:07 AM
Jadi saya nak komen apeni?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.030963 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top