CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Duit Beli Susu Anak, Dikejar Ah Long-Jangan Cepat Simpati Dan Terpedaya Dengan Helah Scammer

30-3-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3381| Komen: 16

PETALING JAYA – Kaki tipu atau scammer akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wang termasuk mereka cerita kononnya sedang merempat dan tidak mempunyai duit untuk membeli makanan atau susu anak.


Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George berkata, modus operandi itu biasa digunakan berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes penipuan melibatkan scammer.


Gambar Hiasan

“Ada juga scammer menghubungi saya mendakwa keluarganya ada masalah. Mereka dicari ah long atau bayi mahu melakukan pembedahan pemindahan hati di luar negara serta pelbagai lagi kisah sedih.

“Saya tanya mengapa perlu buat pembedahan di luar negara sedangkan kita ada pakar sebelum semua penipuannya terbongkar. Ada juga kata ibu atau isteri ada masalah sehinggakan mangsa ini bersimpati dengan cerita tersebut dan memberikan wang,” katanya.

Menurut Jacob, scammer tidak pernah memberikan butiran kes kerana bimbang ada orang membuat semakan de­ngan hospital dan sebagainya.


Tambahnya, media sosial merupakan lubuk bagi scammer untuk menipu orang ramai dengan pelbagai kisah dongeng dan memainkan sentimental dan emosi bagi menarik minat mangsa untuk memberikan derma.

“Orang ramai mesti bijak dalam menilai dengan berta­nyakan lebih lanjut kisah-kisah sedih diceritakan mereka,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 30-3-2023 11:02 AM
Dalam ig pon melambak2 kaki scam hidup susah ni mintak bantuan.. Yang kelakar skrip sama je dari awal PKP sampai la ni.. Hidup susah, anak ramai.. Makan tak cukup.. Laki eksiden, kwsp tak boleh keluar.. Bila mesej kata nak hantar bantuan tolak.. Nak duit je.. Bila tanya kata anak tak makan semua nak bagi bantuan makanan dikatanya dok kat pulau hujung2 sabah tu.. Hahaha.. Lawak laa.. Selalunya orang2 macam ni menempel dekat komen2 ig artis or instapemes je
Quote KamikuP 30-3-2023 01:10 PM
Kat ig bersepah scammer mintak derma meolls whoayuskkan sajork
Quote B40tastePosh 30-3-2023 02:17 PM
Pandang diorang ni macam Anjing....Anjing Liar Tersepit
Quote chandrahusin 30-3-2023 02:19 PM
Kwn aku husnuzon
Dh tekena baru dia sdr
MO sama dlm semua grup
Quote renko 30-3-2023 03:30 PM
pasal banyak org bangang yg sokong
alasan sedekah
tipu tu antara dia dengan tuhan
bangang
Quote kucingitam 30-3-2023 04:13 PM
pernah dpt sms, minta duit nak beli pampers anak..hujung pangkal takde terus bg no akaun..wah wah wah
Quote mejaputih 30-3-2023 04:46 PM
Kalau kita jwb kita belikan pampers/susu tu bagi kat dia, agak2 dia nak tak?
Quote mieyrasfea 1-4-2023 12:48 PM
Bag bantuan direct terus kt NGO lah. Dipercayai dan selamat
Quote mojarean_X 1-4-2023 12:54 PM
Iols sbnrnya nk sound komen2  scammer kt ig tu tp takutlah dicop jahat
Quote mojarean_X 1-4-2023 12:56 PM
mieyrasfea replied at 1-4-2023 12:48 PM
Bag bantuan direct terus kt NGO lah. Dipercayai dan selamat

Ngo pun makan 30%. Kdg2 ntah brp mereka mkn pun kita x tau. Ada sbb nape JKM dan pihak zakat sering diserang dan diberi persepsi buruk supaya mudah kita derma kt ngo2 ni. Jkm dan zakat wat siasatan dulu dan x semudah tu bg bantuan pd mereka
Quote green~tea 1-4-2023 01:07 PM
mieyrasfea replied at 1-4-2023 12:48 PM
Bag bantuan direct terus kt NGO lah. Dipercayai dan selamat


NGO laa terpaling jahat dan celaka.. kat europe tu NGO laa tukang lingkup bisnes orang

Deme2 ni suka main api propaganda
Quote kepompong 1-4-2023 01:39 PM
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:54 PM
Iols sbnrnya nk sound komen2  scammer kt ig tu tp takutlah dicop jahat

pakai fake account
Quote asfaz 1-4-2023 01:48 PM
AKAZ85 replied at 30-3-2023 11:02 AM
Dalam ig pon melambak2 kaki scam hidup susah ni mintak bantuan.. Yang kelakar skrip sama je dari awa ...

Yg sorang tu dr dlu kata nak bersalin. Ai rasa dah 2 tahun skrip sama.. bunting gajah agaknya
Quote asfaz 1-4-2023 01:52 PM
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:56 PM
Ngo pun makan 30%. Kdg2 ntah brp mereka mkn pun kita x tau. Ada sbb nape JKM dan pihak zakat serin ...

Tiber teringat Kes ebitlesung . Kesian pihak terlibat kena maki
Quote rogayahtop 2-4-2023 01:46 AM
kat tiktok tu ramai je siap mintak baju raya utk anak2 buat cerita sedih biarlah saya takda bajuraya anak2 ada. Tgk profile lakinya pilot darat, bukannya kecik gaji driver lori, nampak hidup pun mewah je tp hobi meminta2.

ramai ye pompuan melayu isle janda mcm ni. dah dapat bantuan surau, zakat, kutip dkt fb, siap ada yg org tolong carikan bantuan, nak beli baju sekolah anak pun meminta2 dekat tiktok.

Quote jari10 2-4-2023 03:03 AM
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:56 PM
Ngo pun makan 30%. Kdg2 ntah brp mereka mkn pun kita x tau. Ada sbb nape JKM dan pihak zakat serin ...

Tau takpe.. sebab itulah juga yg jenis pemalas tapi merata meminta2 ni tak berani nak minta bantuan pd JKM atau zakat. Alasan dorang banyak prosedur..belum try mohon lagi dah cop macam2. Walhal sebenarnya dorang takut nak g zakat atau JKM tu..lagi2 yg masih muda sihat tubuh badan..cuma ada penyakit M

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037023 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top