Kazar Saisi masih memberikan komitmen kerja yang baik di set penggambaran walaupun berdepan kontroversi. Penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua memuji sikap Kazar dan menyifatkan dia sebagai seorang pelakon profesional yang tahu membezakan antara kerjaya dan peribadi.
Kata Shuhaimi kontroversi membabitkan perkahwinan anak Kazar iaitu Ira dengan Syamsul Yusof sama sekali tidak menjejaskan prestasi lakonannya. “Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna. “Kazar ni dia orang lama jadi sangat professional, segala masalah semua dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik. “Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat professional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka,” kata Shuhaimi Lua kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
Barebow77 replied at 30-3-2023 12:50 PM
Tenang la dapat besan jutawan..ahhgitew..????
ADVERTISEMENT