CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haram Untuk Sajat Sertai Saf Lelaki Dan Wanita Ketika Solat Jemaah

29-3-2023 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4115| Komen: 19

Besar dosanya bagi seseorang yang mengubah jantina, malah dilaknat Allah SWT.

Begitu juga dengan Sajat. Namun, Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang tidak pernah menolak taubat hamba-Nya.


Pendakwah bebas yang juga Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata apa yang penting seseorang yang melakukan maksiat dan kemungkaran besar maka perlu segera bertaubat.


IG/Harian Metro

"Sebagaimana 'pujukan' Allah kepada pendosa menerusi firman dalam Surah Az-Zumar ayat 53: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Maka untuk menjadi Muslim yang baik kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan jangan sesekali mengulangi perkara maksiat yang dilakukan sebelum ini," katanya.


Beliau mengulas usahawan kontroversi kelahiran Malaysia yang kini sudah menetap di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, 38, menyatakan dia tetap Islam walaupun mak nyah.

"Aku tetap Islam walaupun mak nyah. Aku tidak menduakan agama aku. Jangan kau mudah jatuhkan hukum mengenai siapa aku." Demikian jawapan ringkas Sajat menerusi ruangan komen di media sosial, meskipun dia sudah menukar jantina daripada lelaki kepada wanita, namun dia masih lagi beragama Islam.

Mengulas lanjut mengenainya, Muhammad Rafieudin berkata Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya dan pasti setiap perbuatan akan diberi balasan yang setimpal.

"Ia adalah hak Allah untuk menerima atau menolak setiap amalan hamba-Nya kerana Allah sangat Maha Adil dalam membuat keputusan.

"Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8).

"Firman Allah SWT, Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (Ali Imran:133)," katanya.

Apa pun katanya, seseorang yang berdosa dan melakukan kemungkaran yang besar hendaklah bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala larangan-Nya sekiranya ingin menjadi hamba yang diredhai Allah SWT.

Selain itu, katanya pendosa perlu berusaha untuk memperbaiki akhlaknya supaya menjadi hamba yang diredhai Allah SWT.

Bagaimanapun Muhammad Rafieudin berkata, adalah haram untuk Sajat menyertai saf lelaki dan wanita ketika solat jemaah dalam keadaan dirinya sekarang sehingga dia menukar perwatakannya seperti seorang lelaki mengikut jantina ketika dilahirkan supaya tidak menimbulkan fitnah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 29-3-2023 08:53 PM
Pesan kat netizen buat apa? Pesan la kat mat sajad tu

Dah satu keje netizen nak kena kecam dia pulak, sedangkan tak baik berburuk sangka kat org lain dia tak buat salah kat kita pun. Cukup jgn support follow like share comment kat dia je la kot, nak tolong dakwah pun kite tak keje ustaz
Quote Nizleen86 29-3-2023 08:59 PM
Ditolak ke kiri kanan ko jat. Semua tak terima. Semoga bulan ramadhan ni ko diberi hidayah jat.
Quote dudaberhias 29-3-2023 08:59 PM
likilu replied at 29-3-2023 08:53 PM
Pesan kat netizen buat apa? Pesan la kat mat sajad tu

Dah satu keje netizen nak kena kecam dia pula ...

Khen? Yihhhh, pesan dan bagitahu lah kat sajat tu dan tag beliau.

Tapi boleh tak iols nak syak. Sajat tu bukan semayang pun. Dah rhoper gitu takkan la nak semayang bagai pakai telekung. Dia gigih bertudung tu pun sebab ikut trend. Nampak retis indon semua bertudung time ramadan, dia pun bertudung lah. Dah habis puasa nanti mula la tayang jubo berkerak siap ada google maps tu balik.
Quote likilu 29-3-2023 09:05 PM
dudaberhias replied at 29-3-2023 08:59 PM
Khen? Yihhhh, pesan dan bagitahu lah kat sajat tu dan tag beliau.

Tapi boleh tak iols nak syak. S ...

Tu la lebih pada nak glamerkan diri sendiri je kot

Eh dia semayang tak semayang dia punya hal
Tapi u ni hati berkerak kot nak sangka buruk hal orang, tapi takpe i nak calonkan pak setad cawangan 8terpaling tarbiah u sikit supaya kembali bersih bersinar aura duda u tu. Ok?
Kalau tak cukup, nak kena pergi berbuka sama antitini 7 hari berturut turut untuk dia baca bismilah and hembus kat u
Mesti suci terus lepastu
Quote sleepandream 29-3-2023 09:39 PM
takpo la bamjat... we are all sinner... iols doakan pengakhiran yang baik2 utk bamjat ok... aagitewww
Quote sharlenetexas 29-3-2023 09:39 PM
Saf pondan?


Quote sharlenetexas 29-3-2023 09:41 PM
dudaberhias replied at 29-3-2023 08:59 PM
Khen? Yihhhh, pesan dan bagitahu lah kat sajat tu dan tag beliau.

Tapi boleh tak iols nak syak. S ...

Lucinta lepas berbuka seronok bercanda dengan jantan2 ganteng.


Quote nolya 29-3-2023 10:19 PM
likilu: Pesan kat netizen buat apa? Pesan la kat mat sajad tuDah satu keje netizen nak kena kecam dia pulak, sedangkan tak baik berburuk sangka kat org lain d ...


Apa yg pak ustaz tu cakap adalah secara umum walaupun pada akhirnya dikaitkan dgn Sajad kerana nasihatnya relevan. Bagi sekalian orang yg membaca kenyataan ustaz, diharapkan umum dpt mengambil pesan dn iktibar agar jgn coba2 ikut arus spt Sajad, ataupun berusahalah kembali ke pangkal jalan.
Sajad sendiri sudah mengambil satu langkah yg sukar bagi diri sendiri untuk kembali menjadi lelaki kerana lelakinya sudah dibuang. Fizikalnya yg lain pula sudah ditukar dgn fizikal pompaun, jiwa dn perasaan dia juga sudah diasuh dgn perasaan pompuan maka amat sukar untuk dia menjadi lelaki semula. Di mata awam, dia mahu dilihat pompuan, diterima dn diakui sbg pompuan sekalipun hakikatnya Allah tetap mengatakan dia lelaki, lelaki yg tetap terbatas dgn segala hukum-hakam mahram. Tetap dia tidak boleh menikah dg lelaki Islam, apalagi untuk hamil. Itu hakikat yg sama sekali tak boleh dinafikan. Barangkali Sajad masih boleh solat berjemaah ttpi tidak di saf lelaki, tidak juga di saf wanita bererti dia harus ikut paling belakang, bersendiri. Ataupun dia solat berseorangan sajalah.

Quote LadyCarefree 29-3-2023 10:35 PM
sleepandream replied at 29-3-2023 08:39 PM
takpo la bamjat... we are all sinner... iols doakan pengakhiran yang baik2 utk bamjat ok... aagiteww ...

Sokong. Kalau benar dia buang konek pun itu hal dia dengan tuhan. Kalau ya pun tu dosa peribadi. Kot macam you kata pengakhiran yang baik.... who knows.
Quote OyenLemas 30-3-2023 12:55 AM
setuju dgn komen ini
Quote Lagubestbest 30-3-2023 01:09 AM
Nizleen86 replied at 29-3-2023 08:59 PM
Ditolak ke kiri kanan ko jat. Semua tak terima. Semoga bulan ramadhan ni ko diberi hidayah jat.

dah jadi gender fluid. patutnya geng2 ni kena ada saf sendiri. tak boleh campur masuk seksyen male or female, termasuklah bab tandas ke spa kedai rambut ke ape.
Quote Lagubestbest 30-3-2023 01:11 AM
sharlenetexas replied at 29-3-2023 09:41 PM
Lucinta lepas berbuka seronok bercanda dengan jantan2 ganteng.

depan camera semua tunjuk seronok. belakang kita taktau.
Quote MisXoXo 30-3-2023 06:18 AM
I ni pendosa tp xpernh terpk org tu sembahyang ke x..i selalu pk ntah2 dia lg hebat beribadah drpd aku xkiralah dia siapa.aku pernh tgk sorang jantan ber drag ..ber currr bagai..azan ja dia cepat2 solat.drpd aku yg tgktp xsolat.acaner tu..aku xtau nk kata tp judging org xsolat..a big NO ok.
Quote Buritan 30-3-2023 07:42 AM
Dibln rmdn ni aku berdoa Allah buka pintu seluasnya utk sajat kembali pd ajaran Allah.. nak kata lelebih untung nasib aku pun entah.. silap hb Allah pndg aku tarap tarap sajat je.. mana Kita Tau.. Kita yg rasa Allah pndg Kita mulia pdhl tidak..
Quote penjarasgbuloh 30-3-2023 08:54 AM
Buritan replied at 30-3-2023 07:42 AM
Dibln rmdn ni aku berdoa Allah buka pintu seluasnya utk sajat kembali pd ajaran Allah.. nak kata lel ...

Aaminn.....
Quote abadi84 30-3-2023 09:27 AM
Pak ustaz, kita semua tahu haram. Sajad pun tahu jugak.
But then, apa kata ustaz dakwah ttg apa yg dia boleh buat dalam keadaan dia yg mcmtu. Rasanya lebih baik kot.
Quote iolss 30-3-2023 10:10 AM
Buritan replied at 30-3-2023 07:42 AM
Dibln rmdn ni aku berdoa Allah buka pintu seluasnya utk sajat kembali pd ajaran Allah.. nak kata lel ...

aminn yra...
Quote Buritan 30-3-2023 10:44 AM
abadi84 replied at 30-3-2023 09:27 AM
Pak ustaz, kita semua tahu haram. Sajad pun tahu jugak.
But then, apa kata ustaz dakwah ttg apa yg d ...

Yep betul tuu . Bg aku.. setad ni ckp.. yes sajat berdosa.. Allah tak redha bla bla . Tapi satu je setad nak ckp.. jgn tinggalkan solat.. insyaaallah satu hari nanti moga Allah beri hidayah.. hidayah tu milik Allah.. redha sabar tuu milik Allah.. tadak juai tepi jln
Quote SherryZass 30-3-2023 10:51 AM
Teguran yg baik secara umum utk semua. Dan ya memang patut golongan mak nyah tak boleh masuk atau join saf wanita mahupun masuk toilet wanita, heshe tehtap jantan ok.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top