CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Halang Penguat Kuasa Tangkap Anjing Liar Akan Didakwa Jumaat Ini

29-3-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3333| Komen: 4

Mahkamah Petaling Jaya akan mendakwa lelaki warga emas yang disyaki menghalang penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan tugas ketika operasi menangkap anjing liar pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.


Rakaman insiden yang berlaku di Taman Kanagapuram di Petaling Jaya, tular di media sosial baru-baru ini. - Gambar media sosial (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)

"Kita telah mendapat arahan untuk tuduh lelaki itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis menerima laporan daripada MBPJ terhadap lelaki itu yang membenarkan anjing liar ke dalam premisnya dan menutup pintu pagar.


Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pasukan operasi gagal melaksanakan tugas penangkapan anjing liar kerana dihalang lelaki itu.

Terjadi pergelutan antara pasukan penguat kuasa dengan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia terkena batang rod menangkap anjing.

Rakaman insiden yang berlaku di Taman Kanagapuram di sini, tular di media sosial baru-baru ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa MBPJ memberikan penjelasan berhubung tindakan pegawainya dalam kejadian itu.

Menurut Lee, pihaknya juga telah mengeluarkan surat rasmi kepada Unit Integriti MBPJ untuk tindakan mereka berhubung kes tersebut, selain meminta penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai MBPJ semasa menjalankan operasi menangkap anjing.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 29-3-2023 07:21 PM
teringat.... apek payung vs pegawai mpsj....selalu jer politikus 'campur tangan'.
Quote ultra78 29-3-2023 07:33 PM
Dia lupa tentang satu perkara. PBT bertindak pun atas laporan kejiranan dia. Dia ni tak bergaul dengan jiran-jiran ke?
Quote fortiori13 29-3-2023 08:51 PM
Kang kalau ada yg kena gigit, kena serang dgn anjing liar, pbt jugak disalahkan. Eloklah didakwa pakcik ni....
Quote Perwira2022 29-3-2023 08:58 PM
Seperti biasa YB Cina PH sentiasa mempersoalkan urusan PBT dalam membanteras perkara haram

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.032031 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top