CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Singapura Bernafsu Buas Muat Turun 13,600 Fail Por*ografi Kanak-kanak, Bayi

29-3-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4341| Komen: 11

Seorang lelaki yang disifatkan pihak pendakwa sebagai mempunyai nafsu buas terhadap por*ografi kanak-kanak dipenjara dua tahun kerana memuat turun lebih 13,600 fail mengandungi bahan penderaan kanak-kanak.


Ansari Abdul Amin, 36 tahun, yang menonton video seks membabitkan bayi, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki di bawah umur 11 tahun melakukan hubungan seks dengan orang dewasa, mengaku bersalah atas satu pertuduhan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.

Dia juga memperdagangkan bahan sedemikian antara 2016 dengan 2021 dengan menghantar mesej kepada pengguna tidak dikenali di Telegram yang menawarkan koleksi por*ografi kanak-kanak mereka secara terbuka.


Gambar hiasan

Timbalan Pendakwa Raya, Bryan Wong berkata antara 2013 dengan 2014, Ansari mula menonton por*ografi di Telegram, lapor The Straits Times.

Dia menyimpan foto dan video sedemikian sama ada dengan memuat turun ke telefon bimbitnya atau mengimport ke dalam akaunnya di Mega, perkhidmatan simpanan berasaskan awan.


Dia mencipta akaunnya pada 2016 dan, apabila ia melebihi kapasiti simpanan yang diperuntukkan, dia membuka akaun kedua pada 2017.

Ansari kali pertama melihat bahan penderaan kanak-kanak antara 2014 dengan 2015, apabila dia memuat turun bahan berkenaan daripada kumpulan sembang Telegram.

Dia memadam fail-fail itu selepas menontonnya kira-kira dua atau tiga kali seminggu, selama sekitar 30 minit setiap sesi, kata DPP Wong.

Dia juga menyimpan salinan bahan tersebut pada akaun Meganya untuk tontonannya sendiri.

Wong berkata Ansari akan menukar bahan penderaan kanak-kanak dengan pengguna lain di Telegram, kemudian memadamkan log sembangnya pada aplikasi terbabit.

Ansari ditangkap pada 18 Oktober 2021 di tempat kerjanya, berikutan maklumat bahawa dia memuat turun bahan penderaan kanak-kanak. Mahkamah tidak menyebutkan tentang pekerjaannya.

Memohon hukuman penjara dua hingga dua setengah tahun ke atas Ansari, Wong berkata kerakusan tertuduh terhadap bahan sedemikian tidak dapat dipuaskan walaupun menjangkau sekitar lima tahun.

Merayu bagi hukuman lebih ringan, Ansari berkata dalam mitigasi bahawa dia tidak menjangka perkara akan menjadi seperti itu.

Apabila Hakim Daerah Kanan, Bala Reddy, bertanya kepadanya apa yang dia maksudkan dengan perkara itu, Ansari berkata: "Pada masa itu, saya tidak memikirkan mengenai ibu bapa saya. Dalam tempoh itu, saya sudah berkahwin dan saya tidak melakukan sebarang aktiviti seksual dengan isteri saya," katanya

Hakim lalu berkata: "Ini adalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak".

Ansari menundukkan kepalanya dan berkata dia menyesal atas apa yang dilakukan dan dia kini sudah bercerai.

Mereka yang disabitkan kesalahan memiliki atau mendapat akses kepada bahan penderaan kanak-kanak boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda atau dirotan. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 29-3-2023 09:56 PM
Ya Allah!! 13 600 file tu masih tak puas ke setan!!
Quote Thunderclouds 29-3-2023 10:20 PM
Halah.
Xleh celen si math genius tu lg.
30k++ fail photos & videos budak².
Kategori a,b,c tapau semua.
Tu pon masih ada yg sayang kutip bwk blk sambung phd kt ukm nu hah.
Keja dh gamaknya.

Quote OyenLemas 30-3-2023 07:15 AM
Tembikaigoreng: Ya Allah!! 13 600 file tu masi ...
dia menonton sahaja .-atau ada buat kesalahan/gangguan seksual kt budak? cm xfhm pulak
Quote OyenLemas 30-3-2023 07:17 AM
Thunderclouds replied at 29-3-2023 10:20 PM
Halah.
Xleh celen si math genius tu lg.
30k++ fail photos & videos budak².

weeehh.serius laa org malaysia pun adaa. siapaaaaaaaa.
Quote plywood 30-3-2023 07:33 AM
satu lagi pendorong ialah dia boleh jual
Quote EriaDoritis 30-3-2023 07:34 AM
Sakit yang tak nampak gini memang bahaya
Quote pocongkiutss 30-3-2023 07:37 AM
OyenLemas replied at 30-3-2023 07:17 AM
weeehh.serius laa org malaysia pun adaa. siapaaaaaaaa.

Lah uols tak tau ke..kecoh gak la dulu..iols menyirap betul dgn kebodohan pihak berkuasa kat Malaysia nii

https://m.malaysiakini.com/news/489218
Quote tahanie 30-3-2023 07:53 AM
Telegram macam2 ada. Kita search benda decent tapi keluar segala yang merapu
Quote namr 30-3-2023 08:27 AM
OyenLemas replied at 30-3-2023 07:15 AM
dia menonton sahaja .-atau ada buat kesalahan/gangguan seksual kt budak? cm xfhm pulak

bahaya org gini, mula2 tgk suka2 lama2 totey naik dgn budak ja ngan pompuan dewasa takda nafsu dan lagi dan lagi
Quote mrsbob87 30-3-2023 10:41 AM
aku terbayang apa yang annke lucas hadap mase dia kecik2 dulu demi kepuasan nafsu jijik manusia mcam ansari ni...
Quote Decaffeinated 30-3-2023 11:34 AM
Teringin gak nak tau whether pedophilia ni inborn traits atau acquired disease.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040350 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top