CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alibaba Berpecah Kepada 6 Entiti

29-3-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3454| Komen: 0

Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Dalam pengumumannya semalam, enam entiti itu akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah mereka sendiri, lapor UPI.



Jing Daily

Kumpulan perniagaan dan syarikat perniagaan akan menubuhkan lembaga pengarah masing-masing, dan melaksanakan sistem tanggungjawab CEO di bawah kepimpinan lembaga pengarah setiap entiti dan syarikat perniagaan, manakala Alibaba Group akan memberi tumpuan terhadap model pengurusan syarikat induk dalam cara yang menyeluruh, menurut Alibaba dalam satu kenyataan semalam.

Lima daripada enam entiti itu, mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan modal luar dan berpotensi untuk mendapatkan IPO sendiri.

Transformasi itu akan memperkasakan semua perniagaan kami supaya menjadi lebih rancak, dan membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap perubahan pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang dalam satu kenyataan.


Pada 2020, organisasi teknologi kewangan Alibaba, Ant Group, terpaksa menarik balik tawaran awam bernilai AS$37 bilion (RM163.10 bilion) di pasaran saham Hong Kong dan Shanghai selepas campur tangan pengawal selia China.

Pada 2021, Alibaba didenda AS$2.8 bilion (RM12.34 bilion) oleh pengawal selia 'antitrust' China.

Pengumuman semalam itu menyaksikan peningkatan sembilan peratus nilai saham Alibaba dalam dagangan pra-pasaran di Amerika Syarikat. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054818 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top