CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Terliur Nak Rasa 'Janda Saya', 'Duda Saya', 'Abang Sayang'

29-3-2023 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7646| Komen: 46

Besut: Deretan balang air yang diberikan nama 'janda saya', 'duda saya', 'abang sayang' dengan pelbagai perisa menarik perhatian orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja di sini.


Pelbagai aksi serta gelagat mencuit hati pelanggan yang mahu memesan air tersebut di sakat pasangan masing-masing hingga mencetuskan suasana ceria di bazar Ramadan itu.

Peniaga air, Siti Nor Khadijah Mohamad, 37, berkata, idea untuk melabelkan pelbagai perisa air minuman yang dihasilkannya dengan nama itu timbul secara spontan sejak enam tahun lalu.


Foto: Harian Metro

"Pada mulanya saya ingin mencari kelainan dengan berbuat demikian berbanding sekadar meletakkan nama air mengikut perisa.

"Namun lama-kelamaan menjadi tarikan kepada pelanggan untuk merasai sendiri air ini seterusnya ada antara mereka mula menjadi pelanggan tetap," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, di sini.


Khadijah berkata, dia menjual air balang itu pada bulan Ramadan sahaja untuk menambah pendapatan sampingan serta persiapan menjelang Syawal.

"Pada bulan lain, saya bertugas menguruskan kantin sebuah sekolah serta mengendalikan sebuah kedai makan di Jeti Kuala Besut.

"Saya juga turut mengambil tempahan membuat air balang ini untuk pelbagai jenis majlis jamuan termasuk majlis perkahwinan," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, setiap hari sepanjang bulan Ramadan dia akan menghasilkan antara sembilan hingga 10 balang air untuk dijual di bazar itu.

"Air yang dijual antaranya air janda manis (asam boi), janda saya (teh susu), duda saya (strawberi susu), duda awak (kopi susu).

"Selain itu turut dijual air 'I Miss U' ( blue lemon), I Love U' (mix green) Bunga cinta (koktail), madu awak (milo susu) serta abang sayang (aroikah).

"Harga bagi setiap satu gelas berharga RM3 manakala bagi setiap plastik besar RM5 sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 29-3-2023 05:31 PM
bukak la tered peniaga param buat hal apa ari ni

campak la semer situ

tp katanyeh yg reputs cari dapat dheut raya bukak banyak2 bebenang ekk
Quote nw111 29-3-2023 05:32 PM
Low classnya business camni..
Quote otai_g 29-3-2023 05:38 PM
Ni namanya cheapo marketing.

Harap2 org yg menggunakan teknik ni x cheapo jgk lah yer
Quote asfaz 29-3-2023 06:02 PM
Nama kemain. Tp rasa sama aje dgn air yg guna nama biasakan.
Sejujurnya ai takkan beli kalau letak nama2 macam ni. Rasa geli geleman nk sebut
Quote SalenaGomez 29-3-2023 06:04 PM
nw111 replied at 29-3-2023 05:32 PM
Low classnya business camni..

Kannn….lagi 1 kalau lelaki tu dah ada  bini, pastu nak air janda saya 1…agak2 jatuh talak x??
Quote nw111 29-3-2023 06:08 PM
SalenaGomez replied at 29-3-2023 06:04 PM
Kannn….lagi 1 kalau lelaki tu dah ada  bini, pastu nak air janda saya 1…agak2 jatuh talak x??

Tak kot...tanpa niat tu...tapi mmg low class la nk popular cara mcmni..masa baca tajuk tadi dh blh agak dah kat mana kejadian ni..
Quote cmf_premierleag 29-3-2023 06:56 PM
Apsal letak MADU AWAK lak
Patut ko letak la MADU SAYA
Jijik nya la cara berniaga mcm ni
Quote AKAZ85 29-3-2023 07:02 PM
Murahannye laa haiii berniaga macam ni.. Nama kemain lagi.. Bila rasa air dia sama level je cam air longkang.. Tawar nak mampus
Quote shernazz 29-3-2023 09:15 PM
Kedai yang mula2 iols order air nya ada I love u adalah murni ss2 Dan William lim kok wing lama...
Pastu ramai yang tiru buat nama nama air yang kontroversi...
Quote drivethru 29-3-2023 10:59 PM
Edited by drivethru at 29-3-2023 11:00 PM

Teringat pulak menu air dekat MURNI DISCOVERY. I love u, i miss u, i kiss u. Nama pelik2 belaka. Dulu makanan n minuman kat murni sedap2. Sekarang mmg out.

Apam balik depan station bas kuala besut sedap.
Quote ChildrenOfBodom 29-3-2023 11:49 PM
low class....
Quote jari10 30-3-2023 12:10 AM
Low class nya kau acik..idea ulu banat
Quote dudaberhias 30-3-2023 12:13 AM
ya ampun... yang beli tu pun mesti level sama low class dengan peniaga... air tu pun tengok betapa cairnya pun dah tahu penuh air gula sahaja... rasa mesti kurang...

choiii... baik bancuh sendiri kat rumah....
Quote liyamariska 30-3-2023 12:18 AM
tackynya letak nama cmtu kt bahan jualan...  

Quote OyenLemas 30-3-2023 12:50 AM
takke penat . bila org nk beli kene jawab "madu awak ni air ape ekkkk"  rajin beno kome nak menjawab. org bulan poso ni nak jimat ayor lior
Quote Moyangkucing 30-3-2023 05:31 AM
asfaz replied at 29-3-2023 06:02 PM
Nama kemain. Tp rasa sama aje dgn air yg guna nama biasakan.
Sejujurnya ai takkan beli kalau letak n ...

Setuju. Jijik nya nama jualan. Patut di boikot jé, jangan beli dari peniaga tak de otak macam ni.
Quote Abot 30-3-2023 05:45 AM
Batak btol peniaga mcm ni
Quote green~tea 30-3-2023 05:56 AM
Tak malu ke letak nama produk gini.. kat kelate jual air balang 6 dara
Quote Lolalala 30-3-2023 07:05 AM
Air Janda Saya, Air Duda saya...lucah ok. Tak malu ke namakan barang makan nama mcm tu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.103772 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top