Dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan sedang dikesan polis susulan dakwaan menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata ia susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lepas daripada mangsa yang berusia 62 tahun menyatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu yang tidak dikenali. Ahmad Ridhwan berkata kejadian itu disedari mangsa rentetan insiden sebelum ini iaitu kadnya didapati tersangkut pada mesin ATM di sebuah bank di Banting, Kuala Langat sekitar 10 pagi, 25 Mac lepas. Ekoran itu, seorang lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di bank itu telah membantu dan berjaya mengeluarkan kad ATM mangsa yang juga pengadu serta diserahkan kepada pesara itu tanpa mengesyaki apa-apa.
"Isnin lalu sekitar 9.30 pagi, pengadu sekali lagi ke bank dan cuba untuk keluarkan wang tetapi tidak berjaya lalu terus merujuk masalah berkenaan di kaunter bank lantas mendapati kad tersebut bukanlah miliknya. "Semakan akaun pengadu mendapati terdapat 23 kali transaksi penggunaan kad tersebut dan wang sebanyak RM46,000 telah digunakan," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Ridhwan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai menjual telefon bimbit di Kapar, Klang memaparkan sepasang individu disyaki suami isteri berusia sekitar awal 30-an telah membuat pembelian telefon pintar jenis Iphone 13 menggunakan kad ATM milik pengadu. Katanya, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan usaha untuk mengesan suspek juga sedang dibuat. Terdahulu tular rakaman video berdurasi 44 saat di Twitter memaparkan seorang lelaki bersama dengan seorang wanita di sebuah kedai telefon sedang membuat pembelian menggunakan kad ATM yang didakwa milik individu lain. Sumber: BERNAMA
|
pocongkiutss replied at 29-3-2023 04:03 PM
Bukan dah ada ke thread ni tadi
pocongkiutss replied at 29-3-2023 04:03 PM
Bukan dah ada ke thread ni tadi
babelina replied at 30-3-2023 09:56 AM
bapak kwn aku pn kna benda yg sama.. kt kapar juga.. duit pencen bln tu hbs.. pegi bank konon2 nk tu ...
doridori_hi replied at 30-3-2023 08:09 PM
iols ada baca komen pasangan laki bini nih dah lama buat keje nih, selain bsn ada byk area situ th ...
Nokiaman replied at 30-3-2023 04:17 AM
Mampos besok..konfem masyuk syorga maaaaa atas tiket Islam
che-cikL replied at 29-3-2023 05:16 PM
Setiap berita mmg kena buat 5 threads. Yg uols sebut 'tadi' tu Cari-MRO.. pastu sekarang Ejalti pu ...
tripleid replied at 31-3-2023 03:37 AM
guard nepal bagus buat keje hokeh..guard melayu,india je yg tido sokmo
sufi^_^ replied at 31-3-2023 11:51 AM
Betul, guard nepal la yang paling baik khidmat dorang.
ADVERTISEMENT