Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihalang mangsa daripada mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya dalam satu kejadian di Kota Kemuning malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, kejadian berlaku di Jalan Anggerik Mokara pada 8.15 malam itu mengakibatkan sebuah kereta mengalami kerosakan apabila dihempap pokok.
"Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya. "Namun begitu, usaha itu dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hadir ke lokasi. "Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ekoran itu menurutnya, pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja. Katanya lagi, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden pokok tumbang tersebut. "Kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
tri-max replied at 29-3-2023 03:08 PM
kalau dalam kawasan parking, kena hempap pokok mmg MBSA kena bayar ganti rugila
tp kalau dalam kawas ...
airfilterkotor replied at 30-3-2023 12:13 AM
Apa... tak reti amik gambar banyak sudut ke owner keta tu sebelum bomba kalih pokok?
Menyusahkan bom ...
LadyCarefree replied at 29-3-2023 10:56 PM
Benar.
Nak selamat hati senang beli je additional coverage utk segala mala macam banjir, pokok tu ...
tri-max replied at 29-3-2023 04:08 PM
kalau dalam kawasan parking, kena hempap pokok mmg MBSA kena bayar ganti rugila
tp kalau dalam kawas ...
pokokmeranti replied at 31-3-2023 08:09 AM
teringat pensyarah aku sebut, kat Malaysia nie majlis tempatan mmg 'kurang cerdik' tanam pokok macam ...
s@s@ replied at 31-3-2023 08:20 AM
aku pernah kena kawasan perumahan, luar pagar..... dapat claim
ADVERTISEMENT