Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki dibidas Fadhlina Sidek selepas menyindir Menteri Pendidikan itu di Dewan Rakyat kerana tidak mempunyai pengalaman menjadi guru. Fadhlina berkata, walaupun tidak pernah menjadi guru tetapi beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengajar satu kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Tak baik kata saya begitu (Parit Buntar). Saya nak beritahu Parit Buntar begini.. saya memang bukan guru, tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di kursus diploma pentadbiran kehakiman dan guaman syarie di UKM,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan. Terdahulu, Misbahul yang merupakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta Fadhlina supaya cuba menjadi guru dalam tempoh seminggu, bagi memahami bebanan yang dihadapi oleh golongan itu.
Misbahul berkata bebanan guru di sekolah amat berat kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sehingga ada diantara mereka terpaksa membawa pulang kerja-kerja tertangguh ke rumah. “Menteri pendidikan mungkin tiada pengalaman jadi guru, kalau boleh masuk sekolah ajar selama seminggu cukup, baru tahu. “Jangan buat-buat praktikal, macam praktikal mengajar di dewan Parlimen, buat kita macam murid-murid. Masuk sekolah, rasainya bagaimana peritnya dan deritanya guru-guru menanggung beban yang sangat berat,” katanya. Fadhlina juga meminta Misbahul tidak mempertikaikannya mengenai soal tidak pernah menjadi guru atau memintanya berlakon menjadi guru. “Saya mengajar (dalam bidang) hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya nak berlakon nak mengajar. Jangan begitu,” katanya. Sumber: FMT
|
prettyuglybabe replied at 29-3-2023 02:51 PM
menteri kesihatan pernah jadi doktor tak?
prettyuglybabe replied at 29-3-2023 02:51 PM
menteri kesihatan pernah jadi doktor tak?
zehra2 replied at 29-3-2023 03:16 PM
sbg cikgu skolah aku tak kecik hati dgn fadhlina sebab nya
Orix replied at 29-3-2023 03:02 PM
KJ the only muntri kesihatan yg bukan doktor kan
che-cikL replied at 29-3-2023 04:57 PM
Tapi tak sukalah Cara dia bercakap dlm Parlimen. Style dia jenis ramah perempuan lindungan kaabah yg ...
plywood replied at 29-3-2023 05:13 PM
lepas baca post ni terus tengok video dia berucap.. nilah pertama kali dia tengok dia berucap
zehra2 replied at 29-3-2023 03:16 PM
sbg cikgu skolah aku tak kecik hati dgn fadhlina sebab nya
plywood replied at 29-3-2023 05:13 PM
lepas baca post ni terus tengok video dia berucap.. nilah pertama kali dia tengok dia berucap
xAthenax replied at 29-3-2023 02:52 PM
selalunya yang dekat2 atas tu ikut arahan
biasanya yang kat pejabat tu betul2 banyak *$)%#$
pahada ...
ADVERTISEMENT