Tindakan seorang wanita yang meninggalkan teman lelakinya selepas didakwa dicekik dan dicubit sehingga berdarah mendapat perhatian seorang guru, Mohd Fadli Mohamed. Guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Mohamed turut tertarik mengualas mengenai seorang wanita yang meninggalkan teman lelakinya selepas didakwa dicekik dan dicubit sehingga berdarah.
Dikenali sebagai Cikgu Fadli, beliau menerusi laman Facebook menasihatkan golongan wanita agar tidak memilih lelaki panas baran untuk dijadikan suami. Katanya, jika teman lelaki bersikap sedemikian perlu ditinggalkan dan jangan harap mereka berubah. "Bila cuba bertahan dan berharap dia berubah tetapi tetap meneruskan perkahwinan, memang teruk. Sudah ada anak-anak nanti mahu cerai asyik fikirkan anak, apa kata orang, takut dengan gelaran J, malu dan sebagainya," ujarnya pada Selasa, Tambah Cikgu Fadli, ibu bapa perlu didik anak-anak supaya menjadi lelaki sejati.
"Sebesar mana masalah dengan pasangan, beritahu mereka jangan sesekali gunakan kekerasan dan sepak terajang. "Buat kaum lelaki yang panas baran dan pernah naik tangan pada isteri, berubahlah. Mereka bukan 'punching bag', bayangkan orang pukul anak-anak kita macam tu," jelasnya. Sumber: Sinar Harian
|
asfaz replied at 28-3-2023 06:03 PM
Ai dgr rakaman tu. Giler betul jantan tu cekik smpi sesak nafas pastu pandai pulak suruh tarik nafas ...
eyansss replied at 28-3-2023 06:44 PM
ada link tak
asfaz replied at 28-3-2023 06:57 PM
https://www.facebook.com/reel/895239125098805?fs=e&s=cl
Cuba klik.
CardiGans85: Kalau aku,aku terajang jantan ...
mojarean_X replied at 28-3-2023 06:51 PM
Cikgu fadhli ni apa kerja hakiki dia? Iols musykil
ADVERTISEMENT